Setelah mendirikan rumah tangga sejak sebulan yang lalu, kehidupan penyanyi Sufie Rashid dan isteri dilihat semakin berseri-seri.
Baru-baru ini, Sufie ada berkongsi sebuah video di laman Instagramnya bserta dengan luahan rasa syukur atas perjodohan tersebut.
“Alhamdulillah. Hari ini genap sebulan saya jadi suami kepada isteri kesayangan @nuraaen . Selama sebulan ini, banyak yang saya pelajari. ”
“Rasa tanggungjawab tu memang berat tapi adanya si isteri untuk permudahkan segalanya. Ya Allah, terima kasih kerana temukan kami sehingga ke pelamin. Sesungguhnya kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba mu ini. .”
“To my love, thanks for being a good wife. You complete me. Love you to the moon and back. ???? #SAH“, tulisnya diruangan entri tersebut.
Untuk rekod, Sufie Rashid telah diijabkabul dengan pilihan hati, Nurulain pada 21 September lalu. Sufie telah menyerah wang hantaran sebanyak RM20 000 kepada pihak perempuan.
Dia juga turut menyerah mas kahwin sebanyak RM900 serta sebentuk cincin kepada Nurulain.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Sufie Rashid
Leave a Reply