
Meskipun telah meraih pelbagai anugerah dan pencapaian, tetapi hos dan usahawan Neelofa tetap bersikap rendah diri dengan kejayaan yang dimiliknya.
Baru-baru ini, peminat ada mengaju soalan kepada Neelofa tentang pangkat Datuk namun Neelofa mempunyai pandanga yang tersendiri mengenai perihal tersebut.
“Tak dapat Datuk, tak dapat Datin.. bukan tak dapat.. tapi saya lebih suka menjadi Lofa..”, jawabnya tenang.
Tambahnya lagi, meskipun dia menyandang pangkat begitu, namun kehidupannya tetap akan diteruskan seperti biasa dan tiada apa yang akan berubah.
Mendengar jawapannya, peminat memuji sikap rendah diri yang ditunjukkan itu.
Sumber: Instagram Neelofa
Leave a Reply