“Semoga ade sinar buat kamu..#prayforainulmardhiah”, -Ali Puteh

Pelawak Ali Puteh ada berkongsi perihal cahaya mata keduanya di Instagram. Menurutnya, pihak doktor akan memberitahu perkembangan kesihatan anaknya itu pada hari ini.

“Gambar ni mase sebelom adik operati0n…mase ni masih di hospital ampang…esok hari isnin…keputusan doktor berkenaan kamu syg…semoga ade sinar buat kamu esok…semoga semunya dipermudahkan buat kamu syg esok…terus lah kuat sedaya kamu!!!!..walid dan ibu sentiasa ade bersama kamu dan terus berdoa untuk kamu…
#prayforainulmardhiah“, tulisnya di entri.

 

Menjengah di ruangan komen, para peminat memberi kata semangat buatnya dan mendoakan yang terbaik buat adik Ainul.

Sebelum ini, adik Ainul disahkan menghidap komplikasi injap jantung terbalik dan jantung berlubang. Sususlan itu, adik Ainul telah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

 

 

Sama-sama kita doakan kesembuhan buat adik Ainul..

Sumber: Instagram Ali Puteh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*