Izzue Islam terharu Raja Permaisuri Agong tawar bantuan dapatkan zuriat..”Saya amat bersyukur”

Kebaikan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya menjadi bualan ramai dek sikap mesranya dengan rakyat.

Terbaru, pelakon Izzue Islam meluahkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong menawarkan bantuan untuk mendapatkan zuriat bagi dia dan isteri melalui kaedah IVF di pusat Fertiliti yang berdaftar di Malaysia.

 

Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzue Islam Mazlan memberitahu bahawa dia menerima bantuan tersebut ketika bertemu dengan Raja permaisuri Agong dibelakang pentas teater Mak Yong pada September yang lalu.

“Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya kerana baginda mengikuti perkembangan kerjaya saya. Dan kemudian baginda memberitahu jika ada apa-apa yang boleh baginda bantu.”

Sekadar informasi, Yayasan Fertiliti Tunku Azizah diasaskan oleh baginda sendiri bagi membantu pasangan yang terpilih untuk mendapatkan cahaya mata.

Untuk rekod, Izzue Islam dan isterinya, Awin telah berkahwin pada 2 Jun 2013 dan belum dikurniakan cahaya mata.

 

 

View this post on Instagram

 

Kajian mengatakan makan epal boleh tinggi ???? @fruits.garage

A post shared by Izzue Islam™ (@izzueislam) on

Sumber: Carian Google, Instagram Izzue Islam

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*