Perjalanan diet guru ini menjadi inspirasi ramai, “Beberapa kali kerusi patah dan tak muat masuk tandas..!”

Dek kerana terlalu banyak kekangan yang dihadapi ketika berbadan gemuk, seorang guru nekad untuk menguruskan tubuh badan dengan bantuan isterinya.

Norazman Mohd Noh yang awalnya memiliki berat badan 130 kilogram berjaya menurunkan berat badan sebanyak 65 kilogram setelah mengamalkan diet sejak 3 tahun yang lalu.

Guru itu juga akui , kejadian serangan darah tinggi melampau yang menimpanya ketika bertugas di Sabah dulu telah menyedarkannya untuk mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.

Dalam pada itu, Norazman juga turut mengimbau kekangan yang terpaksa dihadapinya seperti susah cari baju, nak basuh air besar tangan tak sampai, nak masuk tandas tak muat dan sebagainya.

Tambahnya lagi, dia juga pernah beberapa kali mangalami insiden kerusi patah dimana dia anggap amat memalukan.

Namun, untuk mencapai berat badan yang terkini, dia memaklumkan dia telah mencuba pelbagai cara seperti penggunaan herba, pelangsing tubuh, pergi gim dan sebagainya  tapi tidak menjadi. Sehinggalah dia berjumpa dengan seorang pembimbang yang mengajarnya untuk mengamalkan pemakanan yang betul.

Malah dia turut bersyukur isterinya juga menjadi tulang belakang menurunkan berat badan yang diimpikan. Isterinya sama-sama memasak makanan yang sihat sebagai bekalnya di tempat kerja dan diteruskan sehingga sekarang.

Perkongsian guru ini telah mendapat perhatian banyak pihak dan menyedarkan orang ramai pentingnya penjagaan berat badan untuk kesihatan dan kehidupan yang lebih baik.

Sumber: Carian Google, Facebook Norazman Mohd Noh

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*