Kalau sebut filem-filem daripada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof tentu ramai peminatnya. Dia yang juga terkenal dengan filem bergenre aksi dan seram membuatkan anak seni berusia 38 tahun ini antara pengarah yang dinanti-nantikan karyanya terutama filem.
Mana tidaknya, filem berjudul Mat Kilau tahun ini telah menjadi antara karya meletopnya yang sentiasa menjadi sebutan. Meskipun begitu, seperti yang tular baru-baru ini Syamsul Yusof bakal muncul pula dengan satu filem baharu berjudul The Original Gangster. Muat naik Syamsul Yusof ini bagaimanapun turut mengundang ramai teruja.
View this post on Instagram
Mana tidaknya, dia memuat naik beberapa keping foto pelakon-pelakon hebat yang dipercayai antara bintang yang terlibat dalam karya seterusnya itu. Sharnaaz Ahmad, Aaron Aziz, Beto Kusyairy dan Soffi Jikan turut mencuri tumpuan ramai peminat mereka yang teruja dengan posting terbaharu Syamsul Yusof.
“The Original Gangster arahan Syamsul Yusof yang diterbitkan oleh Syamsulyusoffilms_sdn_bhd dan Razors_edge_pictures ini bakal mencatatkan sejarah sebagai filem aksi gangster moden Malaysia yang paling mahal diterbitkan.”
Foto-foto yang dikongsikan Syamsul Yusof itu membuatkan ramai berkata mereka hero-hero hebat sehingga diruangan komen selain membuat permintaan agar dipanjangkan durasi filem tersebut, ada juga yang mengatakan sanggup menonton lebih tiga jam kerana hero-hero itu. Mana tidaknya, mereka hebat-hebat dan berbakat.
“Sebab hero semua padu”
“Hero padu…”
“Cipta rekod lagi…”
“Cayalah semua…”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: HCL