Ajak ‘Sekolahkan’ Shahrol Shiro, Sekali Sahabatnya Itu Balas Balik Lagi Padu “Perlu Ke Nak ‘Up’ Isu Ni?”- Lubuk Viral

Tindakan pelawak Shahrol Shiro membangkitkan isu penyampai DJ Lin terkilan dengan keputusan Fizi Ali yang berhenti dari sebuah stesen radio untuk ke sebuah stesen radio lain pada saat-saat akhir telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan banyak pihak.

Shahrol meluahkan pandangan serta pendapat peribadinya sebagai penyampai yang juga sebelum ini pernah bertugas di stesten radio yang sama dengan Fizi itu di akaun Instagram miliknya.

Kemas kini itu, bukan sahaja mengundang komen dari netizen, malah rakan yang pernah bersamanya dalam kumpulan Shiro ketika program Raja Lawak sebelum ini iaitu Ajak.

Menurut Ajak yang kini masih bertugas di stesen radio yang sama dengan DJ Lin, Shahrol tidak sepatutnya membangkitkan isu berkenaan kerana dilihat seperti cuba hendak mel4ga-l4gakan dua pihak berkenaan.

Awak ni bercakap dari sebelah pihak ke tuan? Hakikatnya tak berg4duh pun? Perlu ke nak isu ini? Perlukan spotlight ke?

“Buat benda yang lebih berkualiti… lebih menyatupadukan…bukan mel4ga-l4gakan.. Hakikatnya semua kawan. Kalau awak ada anggap musvh, biar sendiri tak perlu ajak kawan,” komennya.

Bagaimanapun, Shahrol tidak berdiam diri malah membalas komen berkenaan.

Kata Shahrol dia bersuara untuk rakan-rakannya yang ditindas dan dalam masa yang sama mended4hkan cerita penarikan dirinya dari stesten radio berkenaan.

“Saya tak perlukan lagi spotlight sahabat. Saya bersuara apabila melihat perkara yang menindas sahabat saya seperti ayng yang pernah ditind4s sewaktu kerajaan dahulu sehingga kumpulan terpaksa minta maaf secara terbuka.

“Apa yang berlaku di sana ada hikmah buat saya mengundurkan diri dan diberi kebahagian seperti sekarang, hikmah buat kamu menggantikan saya di sana memberi rezeki kamu sekeluarga.

“Jangan risau kalau kamu ditind4s 10 kali lagi saya bangkit bersama kamu sahabat,” jawabnya.

Namun komen mereka itu telah dipadamkan dari posting berkenaan.

Perb4lahan mereka membuatkan netizen mula persoal adakah mereka tidak lagi bersama.

“Nak tanya kalau masih ada lagi Maharaja Lawak korang masih nak bergabung ke? Ke Shiro dah berpecah?” persoal salah seorang netizen.

Sumber/Kredit : GEMPAK

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/