“Tegar Pinjam Duit 20 Juta Dgn Orang Padahal Duit Sendiri Sudah Ada..”- Bekas Isteri Tegar Mula Ceritakan Perkara Ini- Lubuk Viral

Berita pencerai4n penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai kerana dia amat dikenali di Malaysia.

Bercerai selepas 2 tahun bernikah, Perkahwinan yang baru sahaja berusia 2 tahun nampaknya tidak bertahan lama selepas penyanyi berkenaan memaklumkan yang dirinya sudah berpisah dengan isteri, Sarah Sheilka di Insta Story.

Hadapi tekanan

Menurutnya, dia mengalami tekan4n perasaan sehingga badannya menjadi kurus disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi.

Bekas isteri ded4h Tegar kerap pinjam duit

Menjengah ke Instagram bekas isteri kepada Tegar yang juga merupakan instafamous di Indonesia, wanita muda itu turut berkongsi kenyataan di Insta Story miliknya siang tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Sarah Sheilka seakan mended4hkan yang bekas suaminya kerap meminjam wang daripada orang terdekat melihat daripada direct message (DM) di Instagramnya sebelum ini.

Dia juga sekaan menggunakan nama ‘anak dan isteri’ setiap kali meminjam wang padahal mereka sekeluarga tidak mengalami masalah kewangan serta mempunyai tabungan yang cukup untuk makan setiap hari.

Alasan nak bayar rumah pulak

Disebabkan kondisi mereka yang sudah bercer4i, jadi tabungan tersebut telah dibahagi sama rata dan Sarah memaklumkan yang sudah tidak mahu bertanggungjawab lagi jika ada sesiapa yang bertanya perihal Tegar selepas ini.

Tambahnya, jika Tegar menggunakan alasan untuk membayar rumah yang telah dibeli untuk isteri dan anak, dia meminta agar perkara tersebut dipertanyakan semula kerana mereka sudah membatali hasrat tersebut disebabkan pencerai4n yang berlaku.

Pended4han yang dibuat Sarah itu dilakukan sejurus selepas Tegar memaklumkan bahawa mereka sudah bercer4i.

Dalam kenyataan yang dibuat bekas peserta Big Stage 2022 itu, dia menyatakan berasa penat sekali dalam mengharungi pelbagai masalah yang mel4nda perkahwinan mereka.

Untuk makluman, Sarah dan Tegar telah bernikah sekitar Mac 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 2 tahun.

Terdahulu Tegar Septian pilih ‘kahwin mudar kana mahu menghilangkan (elak) z1na”.

Demikian penjelasan penyanyi kelahiran Indonesia, Tegar Septian, 21, secara ringkas mengenai keputusan yang diambilnya untuk mendirikan rumahtangga pada usia muda.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Sarah Sheilka pada Mac 2020 lalu ketika berumur 19 tahun.

Hasil perkahwinan itu, pasangan muda ini dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama, Abidzar Oktaviano Putra Septian kini berusia dua tahun.

“Alhamdulillah, sejak mendirikan rumah tangga, saya kerap berada di rumah bersama isteri dan anak. Saya lebih dewasa kerana sentiasa fikirkan tentang keluarga kecil saya.

“Tambah pula, saya juga sudah jarang melepak di luar dengan kawan-kawan. Jadi, duduk di rumah dan memberi fokus pada perkongsian kandungan di YouTube saja,” katanya.

Meskipun baru menjengah usia awal 20-an, Tegar jelas kelihatan semakin matang dalam berbicara dan tutur kata amat dijaga sejak bergelar bapa.

Berbicara juga pembabitannya di Big Stage 2022, Tegar menjelaskan yang dia mahu menjadikan pentas pertandingan itu sebagai platform untuk dirinya kembali berkarya.

“Alhamdulillah, isteri dan keluarga yang berada di Indonesia faham tentang hasrat saya untuk kembali menyanyi. Penyertaan saya ini juga demi kesenangan dan masa depan kami bersama.

“Insya-Allah, kalau diberi peluang mereka akan datang untuk melawat saya di sini,” katanya.

Sumber: OMM

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/