“Sama macam Neelofa..”- Fattah Dan Fazura Pun Tak Nak Terlalu Dedah Anak Di Media Sosial Sebab…- Lubuk Viral

Fazura dan Fattah Amin sepakat untuk tidak terlalu mendedahkan anak mereka, Fatima di media sosial.

Pasangan dua sejoili ini sedar tentang kewujudan ancaman dan pengaruh negatif yang datang dari Instagram, Youtube dan tidak akan berkompromi tentang soal keselamatan.

Foto: IG

“Sejak dahulu lagi, saya dan Fattah amat mementingkan privasi dan kami hanya kongsikan perkara-perkara tertentu sahaja di media sosial.

“Bila sudah lahirkan Nur Fatima, kami mahu lindungi dia daripada perkara-perkara yang tidak diingini dengan tidak mendedahkannya di media sosial dengan terlalu kerap,” katanya kepada Utusan Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Sementara itu Fazura dan Fattah banyak ditawarkan untuk berlakon dan bergandingan bersama.

“Kami terima banyak tawaran. Tetapi, kami berdua, lebih-lebih lagi Fattah belum memutuskan untuk berlakon bersama kerana dia tidak mahu emosi di set penggambaran seperti gaduh atau pukul dibawa sampai ke rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Bergantung kepada skrip juga. Ia perlu hanya berkisar tentang cinta. Kalau ada pergaduhan ataupun kekasaran seperti pukul dan sebagainya, dia (Fattah) tidak boleh semua itu. Dia percaya emosi seperti itu akan terbawa-bawa sampai ke rumah.

“Tetapi Insya-Allah, kami berdua akan mengusahakan sesuatu tidak lama lagi.”

Tersama pula pendirian Fattzura dengan Neelofa, tak nak dedah anak banyak sangat. Tak gitu?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: CARI