Sejak semalam, tvlar satu video memaparkan seorang pekerja Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memukul pelanggan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menerusi laporan Sinar Harian, polis telah memanggil empat individu untuk memberikan keterangan berhubung kejadian tersebut selepas tvlar video berkenaan yang dimuat naik seorang pemilik akaun TikTok.
“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Kes3ksaan,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.
Noor Dellhan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diharap tampil membantu pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Muhammad Hazim Hussain di talian 019-7749678.
Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
7-11 Take persons. Expose the perpetrators. Do you dare hit the leader who stole the people’s money? Not brave but you dare hit the person who stole the food. Make a report of causing injury to someone. pic.twitter.com/jslq622IvO
— Dominic Damian JAN 1513 (@jan_1513) March 29, 2022
Terdahulu, selain pekerja Prasarana terbabit, seorang anggota keselamatan berpakaian seragam turut dilihat menyoal pelanggan berkenaan supaya membayar makanan dibeli di kaunter kedai serbaneka itu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff) , Twitter @septakhis