Air Tertumpah Dalam Lif, Reaksi Gadis Ini Pula Buat Ramai Ger4m – Lubuk Viral

Pastinya ramai yang bersetuju menunjukkan adab yang baik adalah sesuatu yang sangat penting terutamanya dalam kehidupan bermasyarakat. Baru-baru ini pula, satu rakaman yang berlaku di dalam lif ini mencuri tumpuan ramai apabila minuman yang dipegang oleh gadis ini tertumpah di situ.

Apa yang meraih perhatian ramai ialah reaksi daripada gadis itu yang memilih untuk membiarkan sahaja minuman yang tumpah itu begitu sahaja. Perkongsian ini turut menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana kini ianya meraih lebih sejuta tontonan.

@wanita8687 #hantu #kantoisudah ♬ original sound – Mohamad Azuan8687

Di dalam video yang dikongsikan ini, rakaman CCTV tersebut berkongsikan situasi yang membangkitkan kemarahan ramai. Turut kelihatan, seorang gadis yang masuk ke dalam lif tersebut sambil membawa makanan dan minuman di tangannya.

Namun malangnya, minuman yang dipegangnya itu kemudian tertumpah ke dalam lif dan turut kelihatan ianya melimpah di lantai. Malah air yang tumpah itu juga dilihat dalam kuantiti yang banyak seperti minuman yang baru sahaja dibeli.

tumpah

Apa yang menarik perhatian ramai ialah reaksi dari gadis itu yang langsung tidak melakukan apa-apa mahupun mengutip semula cawan tersebut. Pada penghujung video, kelihatan gadis itu berlalu keluar dari lif itu seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut memberikan pelbagai reaksi melihat situasi yang dikongsikan ini. Walaupun mungkin sukar untuk gadis itu membersihkan air yang tumpah itu namun sekurang-kurangnya dia sepatutnya membuang cawan tersebut.

“Dari situ kita sudah tahu apa sikapnya macam mana orangnya.”

lif

“Benda boleh je letak dulu makan minum kat luar…”

minuman

“Kalau tak nak lap tu, sekurang-kurangnya ambil cup tu balik.”

komen

“Ini semua salah lift tu. Cepat sangat tutup.”

tik tok

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL