[VIDEO] “Segak Laki, Tak Padan Dengan Bini” -Ini Respon Isteri Dengan Komen Jah4t Itu

Sama cantik sama padan atau bagai pinang dibelah dua, itu ungkapan bagi menggambarkan pasangan pengantin baharu yang dilihat saling melengkapi antara satu sama lain.

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila dikatakan kurang sepadan dengan suaminya kerana lelaki tersebut kelihatan kacak sekali gus dianggap tidak sesuai sebagai pasangan hidup.

Komen ‘jah4t’ itu ditinggalkan oleh seorang individu selepas wanita berkenaan yang mesra dipanggil Cik Syarifah memuat naik satu video ketika mengenakan busana pengantin bersama suaminya.

“Segak laki dia, tak padan dengan bini”

Tidak berdiam diri, wanita berusia 24 tahun itu tenang membidas komen tersebut dengan menghasilkan satu video menyifatkan semua yang berlaku adalah jodoh ditetapkan Allah SWT.

Wanita berasal dari Pahang itu berkata, setiap individu harus membuang rasa hasad d3ngki dalam diri kerana sifat berkenaan boleh membuatkan seseorang tidak senang melihat kehidupan orang lain.

“Dia (suami) yang pilih I, jadi kenapa awak yang panas? Sebagai manusia, cuba kita buang perasaan hasad d3ngki sebab ia boleh membuatkan kita sakit hati dengan orang.

“Kalau nak rasa diri kita cantik, jangan rasa kita sempurna sangat. Biar la saya ni tak cantik, tak padan dengan suami saya tapi dia tetap sayang saya okey,” jelasnya.

Bagaimanapun menerusi komen lain, rata-rata mengakui suaminya yang dikenali sebagai Hafiz Zikry itu mempunyai wajah kacak selain mendoakan pasangan tersebut agar kekal bahagia hingga ke syurga.