“Meena Tak Ikut Ke?” – Ada Yg Persoal Kenapa Aliff Syukri Tak Bawa Anak Angk4tnya, Sekali Ini Yg Netizen Perasan

Sejak kebenaran rentas negeri dan ke beberapa buah negara dibenarkan, ramai antara selebriti dilihat mengambil kesempatan untuk makan angin.

Tidak terlepas untuk berbuat demikian usahawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri yang kini sedang makan angin di Turki.

Menerusi hantaran terbaharunya di Instagram, Aliff mengakui teruja untuk bercuti ke luar negara selepas hampir dua tahun tidak ke mana-mana.

“Alhamdulillah impian kami nak bercuti ke luar negara hampir dua tahun termakbul juga. Exclusive sangat kali ini sebab kami tak bergabung mana-mana group yang lain. Dan kami dapat bercuti di atas bukit yang dipenuhi pokok buah apple, orange dan zaitun.

“Tak tahu nak gambarkan macam mana, inilah memori yang terindah buat kami sekeluarga. Apa pun buat anda dekat luar sana doakan keluarga kami selamat dan bahagia. Saya juga akan doakan untuk anda semua.

“Dan salah satu sebab kenapa kami pilih bercuti di Turki, kerana cuacanya yang sejuk dan dia menerima semua jenis vaksin, jadi mudahlah kami bawak semuanya. Maklumlah group kami ini lebih dari 30 orang dan bukan senang hendak mengaturkan perjalanan ini,” katanya.

Meninjau ruangan komen, selain mengucapkan selamat bercuti, ada juga yang bertanyakan kenapa anak angkat Aliff iaitu Ameena tidak dibawa sekali.

“Meena tak ikut ke dato… dah lama tak nampak Meena, rindu dia sangat-sangat,” tanya seorang pengikut Aliff

“Haah la. Dah lama tak nampak Meena dalam video-video dato’ atau datin. Apa dah jadi dengan Meena ye?” persoal seorang lagi pengikutnya.

KOMEN NETIZEN:

Begitupun, ada juga yang mempertikaikan kenapa perlu bertanya soalan seperti itu kepada Aliff.

“Meny4mpah betul baca mesti ada je yang tanya Meena mana. Lah sukahati dato’ la nak bawak ke apa. Bukan anak korang pun. Kalau sibuk sangat nak tahu korang je la jaga Meena tu,” ujarnya.

Untuk rekod, Ameena merupakan anak angkat kepada Aliff dan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid. Begitupun, kontroversi pernah melanda pasangan tersebut selepas Aliff didakwa memukul Ameena oleh bekas pembantu rumahnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*