Upiak Isil mengaku malas mandi, tak rasa rim4s… Pernah cecah 10 hari tak jirus badan!

AKU belum mandi, tapi masih cantik juga… Itu antara bait lagu popular Tak Tun Tuang nyanyian Upiak Isil yang menggambarkan dirinya sebenar juga malas mandi.

Namun Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 36, berkata, sikap buruk itu diubah selepas memasuki program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Kata penyanyi dari Indonesia itu, dia kini lebih kerap mandi kerana tidak mahu orang sekeliling berasa tidak selesa dengan dirinya.

“Jujur saya kata semenjak masuk Gegar Vaganza ni saya rajin mandi sebab selalunya tiga hari sekali baru saya mandi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Upiak Isil Official (@upiak_isil_official)

“Kalau tak mandi nanti team make up terhidu pula bau yang kurang sedap. Nanti semasa nak bersiap atau makeup penatarias tanya kenapa rambut busvk?” katanya kepada mStar.

Upiak ditemui semasa sidang media selepas berakhirnya konsert minggu keempat GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad lalu.

Upiak menyanyikan lagu Cinta Sejati di minggu keempat.

Ujar Upiak, dia pernah tidak mandi selama 10 hari berturut-turut tanpa ada rasa rimas dan tidak selesa.

Dia juga menganggap kehidupannya terasa lebih bebas tanpa tekanan yang meminta dia untuk mandi.

Jujur saya kata semenjak masuk Gegar Vaganza ni saya rajin mandi sebab selalunya tiga hari sekali baru saya mandi.

UPIAK ISIL

PENYANYI

“Saya pernah tak mandi selama 10 hari sebab kalau saya tak mandi saya merasa menemukan dunia yang bebas, tak ada tekanan dan tak ada yang suruh-suruh sebab kehidupan bahagia

“Saya mandi ni tuntutan untuk persembahan kalau tak mandi macam mana nak buat persembahan… busuk!” ujarnya.

Pada malam persembahan konsert GV8 minggu keempat Upiak menyanyikan lagu Cinta Sejati nyanyian asal Bunga Citra Lestari dan layak ke konsert minggu hadapan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*