Ingatkan 2 rupa-rupanya kembar 3, gelang dikait nenek penyelamat… tak menang tangan saat men4ngis serentak, tersilap svsukan bayi pun pernah!

TIGA tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini tidak menyangka bahawa kesabaran mereka menantikan kehadiran cahaya mata akhirnya dibalas dengan rezeki berganda.

Menyangkakan bahawa mereka hanya akan menyambut kelahiran dua anak lelaki, pasangan ini dikejutkan kira-kira seminggu sebelum melahirkan apabila diberitahu mengenai kehadiran insan ketiga dalam kandungan.

Berkongsi keterujaan menjadi ibu bapa baharu, Mohamad Safwan Abdul Rahim, 31 berkata, dia sangat gembira apabila dimaklumkan bahawa mereka akan menimang tiga cahaya mata sekali gus.

Namun pemilik kedai bundle di Pandan Uptown, Johor Bahru ini mengakui risau akan keadaan isterinya, Nurul Farhana Fatin Salim, 29.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami dapat tahu yang isteri mengandvng kembar tiga masa kandungan di usia 27 minggu iaitu sebulan sebelum isteri bersalin tapi ditakdirkan seminggu selepas itu iaitu pada minggu ke 28 air ketumb4n bocor.

“Sebelum ni kami cuma tahu ada kembar dua sahaja, jadi perasaan masa dapat tahu kembar tiga tu happy sangat, masa diberitahu kembar dua pun dah happy, ini kan pula kembar tiga.

“Tapi dalam masa sama saya risaukan isteri sebab esoknya tu dia terus ditahan di wad sebab pregnancy berisiko,” katanya, menambah isterinya melahirkan bayi mereka secara pembedah4n pada 26 Jun lepas.

Idlan, Izhan dan Ilhan dilahirkan tidak cukup bulan.

Safwan yang mesra di panggil Wan berkata, mereka tidak mempunyai keturunan kembar namun mengakui mereka sekadar mengikut saranan doktor ketika melakukan pemeriksaan kesuburan.

“Kami ada buat pemeriksaan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Johor dan ikut nasihat doktor.

“Ahamdulillah tiga bulan lepas tu isteri saya meng4ndung,” katanya.

Kembar tiga ini kini berusia lima bulan.

Menetap di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Wan berkata, mereka mendapat bantuan ibu bapanya untuk menjaga tiga anak lelaki mereka – Idlan, Izhan dan Ilhan.

“Alhamdullilah mereka masih kuat untuk menjaga cucu-cucu mereka semasa saya dan isteri bekerja.

“Ibu buat masa ni tinggal bersama kami, jadi waktu malam ibu akan tolong jaga satu bayi, dua lagi saya dan isteri yang jaga.

“Kami akan lakukan penggiliran, contohnya hari ni Idlan tidur dengan ibu saya, esok Izhan, lusa Ilhan, jadi tak ada yang terlebih atau terkurang kasih sayang,” katanya.

Katanya, walaupun seorang anaknya tidur di bilik yang berbeza, ketiga-tiga bayi kadangkala akan men4ngis pada waktu yang sama.

“Kadang-kadang dua je yang men4ngis, tengok mood baby, ada masa yang tidur dengan ibu saya pun join men4ngis, padahal bilik jauh.

“Bila tiga-tiga men4ngis serentak memang tak menang tangan kami,” katanya.

Idlan, Izhan dan Ilhan akan bergilir-gilir tidur dengan ibu bapa dan nenek mereka.

Berkongsi cabaran menjaga tiga bayi pada waktu sama, Wan berkata, mereka berdepan dengan beberapa situasi melucukan disebabkan wajah anak mereka yang hampir seiras.

“Kadang-kadang tertukar masa nak bagi svsu, nak bagi Izhan tapi tersusukan Ilhan, dah separuh svsu baru perasan tertukar baby, lagi-lagi kalau tengah malam masa tengah mamai.

“Pernah juga berlaku kami susvkan bayi sama dua kali,” katanya.

Kanak-kanak ini mempunyai instagram dan akaun tiktok mereka sendiri iaitu theantriplets.

Menurut Wan, mereka terpaksa memakaikan gelang warna berbeza kepada anak mereka bagi memudahkan atuk dan nenek mengenali anak mereka.

“Alhamdullilah sekarang saya dan isteri dah kenal mana satu Idlan, Izhan dan Ilhan tanpa tengok gelang cuma ibu dan ayah masih perlukan gelang dengan colour coding tu.

“Pernah satu hari isteri mandikan semua baby jadi dia tanggalkan semua gelang dan lupa nak pasang balik, lepas tu terus pergi kerja, dekat tempat kerja ibu saya mesej isteri untuk double confirm mana satu Idlan, Izhan dengan Ilhan,” ceritanya.

Idlan, Izhan dan Ilhan diberi gelang kaki untuk memudahkan ibu bapa Safwan mengenai mereka.

Gelang kaki tersebut katanya dikait sendiri oleh ibu mertuanya yang tinggal di Ipoh, Perak.

“Idea untuk pakaikan gelang kaki ni datang ketika di hospital sebab muka baby semua sama, jadi kami buat keputusan untuk pakaikan gelang,” katanya

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mstar

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*