“Saya Memang Tak Pedvli Dengan Dia”- Kata Bek4s Suami Ziana Zain! Ini Komen Balasnya – Lubuk Viral

“Ingat saya heran (peduli) ke kat dia? Saya tak heranlah (pedulilah) kat dia.”

Demikian pengakuan meruntun jiwa penyanyi Ziana Zain bercerita tentang ungkapan yang keluar daripada bibir bekas suami, Armin Zaharin sekali gus membuatkan dirinya tawar hati sehingga mengaki batkan perce raian pada 2018.

Situasi yang berlaku sekitar 2016 tersebut juga menyebabkan Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain berasa seperti dirinya tiada harga diri apabila tidak dihargai seorang lelaki bernama suami.

“Sebagai isteri perasaan macam mana sebagai isteri? Berbelas tahun saya taat kepadanya, dia boleh cakap dia tak heran (peduli) dengan saya.

“Jadi, saya ke sahaja yang terdamba-dambakan dia. Perasaan waktu itu rasa macam tiada harga diri.

“Macam mana dia (bekas suami) tergamak keluarkan perkataan sebegitu. Saya isteri dia. Dia nak anak empat, saya beranak anak empat (orang).

“Saya hampir hilang nyawa 50-50 bertarung (nyawa) untuk dia dan this is the end (inikah pengakhirannya),” de dahnya dalam nada teresak-esak menerusi progam bual bicara, Next To Neelofa musim kedua, malam tadi.

Menurut Ziana, 54, sejak insiden terbabit yang berlaku pada 2016, hatinya mula menjauh dan menjurus ke arah yang paling ditakuti setiap wanita iaitu perce raian.

“Sejak 2016, hati saya jauh saja. Terkesan yang amat. Kalau dia (bekas suami) duduk sebelah kita atau kita nak tidur, saya macam minta pada Allah jangan dia duduk sebelah saya.

“Saya berdoa dan bertanya, kenapa saya macam ada rasa yang saya tak suka suami saya. Saya tak nak jadi isteri derhaka. Saya berdoa, kembalikan rasa kasih sayang terhadap suami saya,” kata pelantun lagu Putus Terpaksa itu.

Mengenang kembali kisah anak-anak pula, dia meng akui salah seorang anaknya menghi dap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Malam kejadian anaknya didak wa diro tan bekas suami itulah titik tolak yang merubah hidupnya, Ziana ingin membulatkan hati melakukan keputusan tepat dengan meminta pertolongan daripada Allah SWT.

“Saya buat solat taubat, istikharah dan hajat. Lepas itu, saya tidur dan bangkit pukul 5 pagi,”jelasnya.

Ziana yang juga disapa sebagai Kak Gee memaklumkan, ternyata doa dan ibadatnya didengari Allah apabila satu persatu ‘rah sia’ bekas suami terbon gkar.

“Selepas dua hari saya rasa macam memang inilah Allah nak tunjuk. Saya buat lapo ran,” jelasnya.

Terdahulu, Mei 2018, bekas suami Ziana, Armin Zaharin didakwa di Mahka mah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencede rakan anak lelakinya.

Perkahwinan mereka selama 20 tahun secara rasminya berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahka mah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

SUMBER: Kosmo