Kak Lin Naik Kerusi Roda Mengacara GegarVaganza, Sekali Ada Benda Lain Yang Netizen Perasan- Lubuk Viral

Malang tidak berbau apabila selebriti Elly Mazlein berdepan dengan masalah sakit lutut ketika sedang menjalani penggambaran drama bersiri G1la Viral pada petang tadi.

Menerusi laman Instagram Elly atau dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom berterima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom serta beberapa warga dari produksi Radius One kerana membantunya.

“Apabila tak disangka-sangka… terima kasih ma love @budakijat @radiusone_official, En Fazli, En Sham, artis dan krew team manjakan kepom sangat.

“Tolong kepom siap letak spray la ais la beli tu beli ni la untuk si budak lutut yang meletop ni,siap panggil orang physiotherapy datang check lutut. Terima kasih.

“Alhamdulillah tak serius… cuma jalan tu agak tak macam Miss World la dik,” kongsi Elly menerusi laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Elly tidak berkongsi dengan lebihterperinci mengenai kecederaan tersebut.

Rata-rata netizen mendoakan agar Elly cepat sembuh selain berharap penyanyi itu tetap mengacarakan konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke-9 pada malam ini.

“Kak Kepom jangan pula malam ni tak datang GV. I cannot la if you tak ada. Kak Kepom jadi host duduk kerusi pun ok.

“Malam ni haji Nabil senang hatilah kot ek dah tak ada nak kena berkejaran atas stage. Kak kepom statik saja duk setempat.

“Malam ni adakah konsep berkerusi roda?” komen beberapa netizen.

Seperti yang dijangkakan Elly Mazlein berkerusi roda di Gegar Vaganza.

Rata rata netizen memuji Kak Lina Pom Pom kerana walaupun s4kit lutut dia tetap bersemangat mengacarakan Gegar Vaganza.

Sama sama kita doakan agar Kak Lina cepat sembuh.

Sebelum ini, Elly berkongsi foto keadaan lututnya yang cedera ketika menjalani penggambaran drama siri terbaharu berjudul Gila Viral pada petang tadi.

Menerusi laman Instagram Elly atau dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom berterima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom serta beberapa warga dari produksi Radius One kerana membantunya.

Selain itu, pelakon Marlia Musa menggantikan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat yang tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai juri tetap konsert minggu ketujuh GV9 kerana menghadiri malam kemuncak Anugerah Sri Angkasa 2022 yang berlangsung pada waktu sama.

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site