Adira Suhaimi Kongsi Wajah Anak Ke-4, Pilih Nama Ayub – Lubuk Viral

Penyanyi, Adira Suhaimi akhirnya berkongsi wajah anak keempat yang diberi nama Ayub.

Adira menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya mendedahkan raut wajah anaknya itu menerusi sebuah video yang memaparkan Ayub sedang minum susu.

“Botol susu favourite ayub ni, dah la design cantik, extra soft dan large nipple close to mummy. Botol pun boleh guna sampai besar sebab boleh jadi botol air,” tulisnya di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruang komen, ada dalam kalangan netizen memuji Adira kerana memilih nama yang sangat simple, namun mempunyai makna yang begitu indah.

Bukan itu sahaja, netizen turut terpegun melihat kecomelan Ayub yang tampak sihat dan mempunyai hidung mancung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???ℝ? ??ℍ???? (@adira.suhaimi)


Untuk rekod, Adira mendirikan rumahtangga bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

SUMBER:xtra