“That’s why we can’t be a partner anymore. The end”- Status Hubungan Sharifah Sakinah Dgn Suami Undang Tanda Tanya?- Lubuk Viral

Tiada angin tiada ribut, pelakon Sharifah Sakinah memuat naik satu kemas kini yang mengundang pertanyaan mengenai hubungannya dengan suami, Michael Hansen di akaun Instagram miliknya.

Dengan memuat naik fotonya bersama suami, Sakinah memberitahu mereka mempinyai pendapat dan ideologi berbeza selain memberitahu tidak dapat meneruskan hubungan mereka.

“We have different opinions, belief systems, perspective and ideology, that’s why we can’t be a partner anymore. The end. (Kami berbeza pendapat, kepercayaan, perspektif dan ideologi, sebab itu kami tidak boleh menjadi pasangan. Tamat.)” katanya.

Pun begitu, pelakon Girlfriend Aku Dari Ner4ka itu juga telah menutup ruangan komen terhadap kemas kini berkenaan.

Sementara itu, meninjau ke akaun IG milik suaminya masih tidak memberi sebarang kenyataan berhubung hubungan mereka.

Malah pasangan ini baru sahaja bercuti bersama di Dubai pada bulan lalu dan kemesraan mereka ketika itu tidak menunjukkan mereka sedang mempunyai masalah.

Untuk rekod, Sharifah Sakinah dan Michael Hansen mengakui sudah berumah tangga sekitar Februari lalu apabila sering ditanya tentang hubungan mereka.

Namun begitu, adik kepada selebriti Sharifah Shahirah ini memilih untuk tidak menguar-uarkan perkahwinan mereka memandangkan mahu menjaga sensit1viti keluarga Hansen.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/