“Hebatnya Tokti” – Siti Nurhaliza Buat Latihan Muay Thai Cvri Tumpuan Peminat – Lubuk Viral

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila dilihat sedang membuat latihan Muay Thai.

Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, Siti memuat naik rakaman video yang memaparkan dirinya sedang berlatih Muay Thai bersama jurulatih.

Dalam video tersebut, aksi pelantun lagu Lebih Indah itu sangat lincah dan cergas membuat latihan dengan teknik pukulan dan tendangan.

“Dah lama saya tak buat latihan Muay Thai…separuh nyawa jadinya,” tulis Siti di ruangan kapsyen.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 600,000 tontonan dan lebih 30,000 tanda suka.

VIDEO

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kagum melihat kehebatan penyanyi kesayangan ramai itu berlatih malah ada juga yang berseloroh membayangkan Siti memukul ‘haters’ dengan pukulan dan tendangan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

SUMBER:Xtra