“Bila Jelitawan Sekarang Dah Anak Tetap Cantik..”- David Teo puji wajah terkini Neelofa & Fazura, makin cantik! – Lubuk Viral

Penerbit filem terkenal, Mejar (k) David Teo memuji dua nama selebriti popular tanah air iaitu Noor Neelofa dan Fazura.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, David, 58, mengatakan kedua-dua wanita hebat itu masih kekal cantik biarpun sudah mempunyai cahaya mata.

Malah dia turut memuji kecomelan putera kepada Neelofa, Muhammad Bilal dan puteri kepada Fazura, Nur Fatima.

 

“Bila jelitawan dan heroin sekarang dah ada anak, tetap cantik dan anaknya pun comel.

“Pasangan manis ini bermanja pula, semoga Bahagia selalu ya,” tulisnya ringkas pada kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

Untuk info, Neelofa,33, telah mendirikan rumah tangga bersama seorang pend.akw.ah terkenal, Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz, 27, pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia sepuluh bulan.

Manakala Fazura, 39, telah memilih actor kacak Fattah Amin, 32, sebagai pasangan hidupnya dan telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima yang kini berusia tiga tahun.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak