Kongsi Foto Pegang Perut, Rebecca Nur Al-Islam Umum Berita Gembira – “Doa Yg Baik Baik,Cakap Yg Baik Baik” – Lubuk Viral

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam memaklumkan yang dia kini sedang hamil cahaya mata kelima.

Berita gembira itu dikongsikan Rebecca, 36, menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi hantaran itu, Rebecca memuat naik gambarnya menampakkan ‘baby bump’ beserta kapsyen ringkas mengiringi foto tersebut.

“Assalammualaikum from MummyBecca & Baby BamBam.

“Doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik. InsyaAllah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ❤️AllahSwt❤️Still Study??‍?+ BusinessWoman (@rebeccanuralislamahmad)

Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan Rebecca yang teruja dengan berita kehamilannya.

Pelakon kelahiran Johor Bahru, Johor ini berkahwin dengan peguam, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Hasil perkahwinan, Rebecca mempunyai empat cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmad Al-Reaggan, 4, selain dua anak angkat, Nor Adam Daniel, 14, dan Nor Aurora Riana, 4 tahun.

Komen netizen:

  

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: mediahiburan.my