“Kawan Bilal Ni…” – Tutup Muka Anak, Elly Mazlein Dip3rli Sama Macam Neelofa – Lubuk Viral

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein baru-baru ini memuat naik video pendek di Instagram berkaitan anaknya setelah selamat melahirkan zuriat pada Oktober tahun lalu.

Walau bagaimanapun, video itu tidak mendedahkan wajah cahaya matanya, Haider Mateen yang mendapat perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Perkongsian itu mendapat reaksi netizen yang menyamakan tindakan Elly dengan selebriti terkenal Neelofa yang menyembunyikan wajah sebenar anak lelakinya, Muhammad Bilal kepada umum.

Namun, ada juga yang mempertahankan hak Elly untuk merahsiakan identiti anaknya.

Sekadar info, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mengeluarkan kenyataan tidak mahu berkongsi wajah anaknya supaya tidak terpalit dengan populariti dunia seni.

Elly juga sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta namun berpisah pada tahun 2015 sebelum berkahwin sekali lagi pada 2020 bersama seorang guru, Mohammad Azlan Che Noh.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://beautifulnara.com/