Cvri-cvri bermalam di tangga mall, g4dis ini rasa per1t 11 hari jadi gelandangan… “Saya tidur secara duduk je” – Lubuk Viral

SETIAP daripada kita pastinya diuji dengan pelbagai dvgaan dan nasib berbeza-beza.

Adakalanya mus1bah yang menimpa diri membuatkan mereka merasakan seolah-olah mahu berputus asa.

Sebagaimana diceritakan oleh g4dis yang hanya ingin dikenali sebagai Bella, dia kehilangan tempat untuk berteduh setelah berlaku satu pertelingkahan antara penjaganya.

Ketika dihubungi mStar, g4dis ini memperincikan nasib m4lang yang menimpanya setelah berpindah dan menetap di Putrajaya sejak tujuh tahun lalu.

“Masa saya tengah belajar online (dalam talian), mak ayah minta saya tinggal di rumah makcik dan pakcik untuk tolong mereka jaga nenek yang s4kit.

“Tapi tak lama lepas tu pakcik dan makcik berg4duh atas sebab tertentu. Nenek terp4ksa balik semula rumah dia dekat Cheras, Selangor.

“Mereka tak bagi saya balik rumah (keluarga) lagi sebab masa tu kebetulan nak dekat final exam. Jadi saya duduk dekat rumah (bapa saudara) tu lagi sampailah Julai 2021. Apabila dah habis study, mereka suruh saya cari rumah sewa sebab nak ajar saya berdikari. Saya pun turutkan saja,” ujar Bella.

Ujar Bella yang merupakan bakal graduan di sebuah universiti awam di Seremban, Negeri Sembilan, dia berpindah keluar dari rumah bapa saudaranya dan menyewa di sebuah rumah terletak di Presint 16, Putrajaya.

Pada ketika itu juga, Bella mula bekerja sambilan di sebuah kedai menjual pakaian di pusat beli-belah Alamanda yang berdekatan dengan rumahnya selama hampir setahun.

Dia kemudiannya bertukar tempat kerja dan bekerja sepenuh masa di sebuah restoran makanan yang masih terletak di dalam pusat beli-belah sama.

“Saya bertukar kerja sebab majikan baharu ada sediakan bilik sewa. Tapi sepanjang saya tinggal kat situ ada timbul isu dengan lima lagi penyewa lain.

“Mereka mengadu dekat tuan rumah barang dalam rumah milik mereka selalu hilang. Mereka tvduh saya ambil sedangkan saya kerja dari 9 pagi sampai 10.30 malam. Jadi tuan rumah minta saya keluar dari situ.

“Lepas tuan rumah pulangkan RM200 deposit, dia beri tempoh masa lima hari saja untuk keluar dari rumah tu. Tapi saya gagal untuk cari rumah sewa baharu sebab masa terlalu singkat… sebab tu saya jadi homeless,” ujarnya.

Bella enggan mendedahkan identiti sebenarnya.

Kata Bella yang memiliki empat adik beradik, sepanjang hidupnya yang sudah berusia 24 tahun, inilah pengalaman pertamanya tidur di tepi tangga tanpa alas di tempat kerjanya.

Tanpa sebarang pertolongan dihulurkan daripada keluarga, Bella terp4ksa meneruskan hidup dengan berulang alik ke tempat kerja tanpa rumah selama 11 hari sebelum menemui rumah sewa baharu di Presint 11, Putrajaya.

“Saya cuba minta duit untuk bayar sewa. Tapi mereka tak nak tolong pun lepas saya cakap tak cukup duit nak bayar deposit. Jadi saya teruskan tidur saja di tepi tangga secara duduk.

“Saya memang datang daripada keluarga susah. Saya seorang saja perempuan dan saya anak ketiga. Lepas apa terjadi dekat saya, barulah saya sedar yang tak semua akan ada masa susah walaupun darah daging sendiri.

“Saya tak berniat nak aibkan famili tapi kalau nak ajar berdikari sekalipun janganlah sampai tak nak tolong saya langsung. Saya nak minta duit sikit untuk makan pun tak bagi.

“Walaupun dah dapat rumah sewa baharu, saya masih lagi berdepan dengan masalah kewangan,” lu4hnya lagi.

Berikutan perkongsiannya di TikTok yang menjadi tular, ramai warganet yang menawarkan tempat tinggal dan kerja serta mahu menjaga kebajikannya.

Namun, Bella memilih untuk menolak segala tawaran tersebut kerana niatnya hanya ingin meluah perasaan dan bukanlah mengharap simpati orang ramai.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : mstar.com.my