Ramai Tanya Tak Risau Ke Tnjuk Wjah Anak, Ini Jwapan Elsya Sandha Buat Rmai Puji- Lubuk Viral

Pelakon jelita Elisya Sandha memaklumkan, dia tidak mempunyai masalah untuk berkongsi wajah cahaya mata pertamanya Bunga Elhaq untuk tatapan orang ramai di media sosial.

Menerusi temu bual bersama mStar Online, pelakon berusia 23 tahun itu dan suaminya Uzair Haqimy percaya netizen akan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk anak mereka.

“Bagi saya masing-masing ada hak sendiri, kalau saya tak nak tunjuk gambar Bunga pun boleh je tak nak tunjuk!

“Tapi bagi saya, mungkin ada orang di luar sana menghadapi hari yang sangat sukar tiba-tiba tengok gambar Bunga mereka rasa senang dan sekurangnya buat mereka tersenyum.

“Saya percaya mereka di luar sana yang melihat Bunga mereka akan doa yang baik-baik sahaja untuk Bunga,” kata adik kepada pelakon Fasha Sandha itu.

Bercerita tentang pengalaman sebagai ibu, pelakon drama Ratu Ten Pin itu bersyukur kerana puteri sulungnya tidak banyak kerenah selain mudah untuk dijaga.

Elisya berkata, pada mulanya dia mengakui perlu mengorbankan waktu tidur tetapi kini Bunga semakin memahami keadaan sekelilingnya.

“Ya Allah senang nak jaga dia. Bunga sangat memahami, contohnya macam saya keluar kerja. Dia tak menangis.

“Bila tanya ahli keluarga yang jaga dia, mereka kata Bunga okey je. Alhamdulillah.. dia bukan penghalang untuk saya menyambung karier.

“Waktu seminggu selepas bersalin, agak susah la tak cukup tidur. Sekarang dah besar sikit.. dia faham,” ujarnya.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair yang juga anak kepada pengarah Sheila Rusly mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 serta dikurniakan Bunga pada 18 Jun lalu.

Tonton video temu bual:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/