Kuala Lumpur: Selepas lebih tiga tahun segmen kerohanian kendalian pendakwah bebas, PU Azman iaitu Cik Man Nak Cakap bersiaran di stesen radio Suria FM, kini segmen itu dilaporkan sudah ‘bertukar tangan’.
Difahamkan, segmen kerohanian yang dibawakan setiap Jumaat itu kini menampilkan segmen bersama Ustazah Asni Mansor dalam program Morning Morning Suria kendalian Ajak, Shuib dan Suraya.
Segmen bersama Ustazah Asni Mansor itu bakal bersiaran esok selama satu jam bermula 8 pagi hingga 9 pagi.
Penggantian segmen itu bagaimanapun masih menjadi tanda tanya kerana pembabitan Azman sudah sebati dengan stesen radio berkenaan yang cukup mengiburkan hati pendengar.
Malah, segmen Cik Man Nak Cakap itu turut berjaya memberi pencerahan kepada setiap persoalan yang dibangkitkan pendengar setiap minggu.
Sementara itu, cubaam Harian Metro menghubungi Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin bagi mendapatkan komen setakat ini tidak berjaya.
Ustazah Asni Mansor dalam program Morning Morning Suria.
Kes amang s3ksu4l remaja lelaki, nama PU Azman dipetik netizen
Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai selebriti lelaki dilaporkan telah ditahan pihak polis selepas dipercayai melakukan amang s3ksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.
Malah, selebriti popular itu dihadapkan ke Mahkamah Klang, Selangor pagi kelmarin dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Pun begitu, tular beberapa ‘hint’ berkaitan selebriti lelaki tersebut yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut sehingga menarik perhatian ramai.
Menurut perkongsian tular di laman Twitter, suspek tersebut adalah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki yang sering membawa watak memberi nasihat.
Selain itu, suspek yang berusia 40-an itu dikatakan pernah memenangan program berkaitan ummah dalam penglibatan kariernya selama ini.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai mendakwa selebriti yang hangat menjadi bualan ramai tersebut ialah individu bergelar Pencetus Ummah (PU).
Tinjauan di laman Instagram selebriti tersebut, jelas kelihatan ramai warganet mula ‘berkampung’ di ruangan komen bagi mengetahui kebenaran sebenar sama ada dia benar-benar suspek diperkatakan atau pun tidak.
Sehingga kini belum ada butiran lanjut berhubung kejadian tersebut dan kami akan mengemas kini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat kenyataan terbaharu.
Diharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang andaian dan spekulasi selagi tiada kebenaran dan kesahihan
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: http://limauasamboi.pw/