Bersentuh4n Dengan Lelaki, Sharifah Rose Sudah Siap Terima Dikec4m – Lubuk Viral

Pelakon baharu dikenali dengan nama Sharifah Rose ini nampaknya semakin popular. Selain berlakon, Sharifah Rose pada awalnya lebih terkenal sebagai seorang influencer dan juga model. Kini gadis jelita ini mengembangkan bakat yang ada dengan berlakon dan turut menjadi usahawan tudung.

Terbaharu lakonan Sharifah Rose dalam drama berjudul Ku Punya Hati di samping Nabil Aqil menjadi bualan hangat penonton. Dalam salah satu babak dipaparkan Sharifah Rose yang memegang watak Rashidah ada melakonkan babak bersentuhan dengan lelaki iaitu bintang baru, Nabil Aqil.

306438226_190061593419094_774667222202022947_n

Dalam drama ini juga difahamkan mereka berdua berlakon sebagai suami isteri dan ada beberapa babak yang bersentuhan dengan lelaki. Penampilan Sharifah Rose yang berhijab membuatkan peminat tidak senang dengan babak tersebut dan dikatakan tidak sesuai.

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Sharifah Rose memberitahu kepada mStar yang sebelum drama ini ditayangkan dia sudah bersedia mental untuk berhadapan dengan keadaan ini. Katanya lagi, dia akan tetap dan fokus pada kariernya sebagai pelakon biarpun dikecam.

Selain dari itu, katanya, apa juga aksi yang dilakukan dalam drama ini telah mendapat persetujuan semua pihak. Jadi ada benda yang kecil-kecil (bersentuhan) tu kita okay jelah.

“Saya rasa babak cabut uban tu benda cute. Bonding time suami isteri. Takkanlah setiap masa nak duduk sebelah menyebelah. Jadi bosanlah, tu yang wujudnya scene sweet-sweet,” jelas Sharifah Rose.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber  : HCL