Puteri Sarah Luah Rasa Lega Bila Ira Kaza Kena Panggil Dengan Jawi, Terkejut Selamba Je Ira Kaza Boleh Respon Macam Ni- Lubuk Viral

MPUR – Pelakon popular Puteri Sarah mengesahkan Ira Kazar yang did4kwa mempunyai hubungan dengan suaminya, Syamsul Yusof sudah dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) minggu lalu. Menurut pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, itu, pihaknya mengetahui tentang perkara tersebut namun tidak dimaklumkan secara terperinci mengenainya. “Saya hanya boleh sahkan ketika ini, dia sudah beri keterangan kepada pihak Jawi minggu lalu.

“Urusan kes ini akan ambil masa panjang dan masih lagi dalam siasatan tetapi saya syukur semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini. Sarah yang ditemui pada sidang akhbar Teater Maduku Terpaling Kalut memberitahu, dia turut lega kerana kes tersebut menunjukkan progres dan berharap kemenangan akan berpihak padanya kelak.

“Saya lega kes ini berjalan dengan baik dan harap ada kemenangan. Semua ini dilakukan demi saya dan anak-anak. “Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakw4an orang ketiga, manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan gangguan.“Tak kisah menunggu lama tetapi asalkan semuanya berjalan, alhamdulillah,” ujarnya. Ditanya sama ada dia masih diganggu pihak ketiga seperti yang did4kwa sebelum ini, pelakon drama

Melastik Ke Hatimu itu memberitahu tidak lagi melalui situasi tersebut ketika ini. “Setakat ini tidak ada lagi gangguan yang saya terima memandangkan pihak sana sudah menerima arahan injuksi. “Sekarang hidup saya lebih aman dan tenang,” katanya lagi. Menjawab spekulasi yang dia sudah di tangkap JAWI, Ira Kaza telah memuat naik satu ig story beserta gambar terkini.

Minggu lalu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul. Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenyah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan sam4n terhadap seorang wanita yang did4kwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas. Malah, pelakon itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial. Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara aktres itu dengan Syamsul berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga.

Dia sebelum ini mended4hkan wanita terbabit berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi. Pelakon berkenaan juga mend4kwa individu terbabit melakukan ganggu4n-ganggu4n berkenaan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial p4lsu yang diciptanya. Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin lain, namun dinafikan Syamsul. – KOSMO! ONLINE.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://erakini.bbn.my/