
Rancangan Sepahtu Reunion Live 2022 merupakan antara yang saban minggu berjaya menghiburkan penonton di Astro Warna. Malah di media sosial juga sering kecoh dengan lawak-lawak ahli kumpulan Sepahtu terutama Jep dengan perangai selambanya.
Malah sejak akhir-akhir ini, Jep Sepahtu membuatkan penonton tak kering gusi dengan telatahnya yang tidak disangka-sangkakan penonton sekali gus mengundang rasa tidak puas penonton Sepahtu Reunion Live melihat telatahnya yang tidak hanya selamba dengan rakan-rakannya malah artis jemputan juga ‘kena’ dengannya.
Walau bagaimanapun, difahamkan minggu ini merupakan episod terakhir bagi rancangan Sepahtu Reunion Live 2022 bersiaran di Astro Warna dan itulah yang diucapkan Jep Sepahtu pada malam tadi. Namun begitu, nampaknya penonton setia rancangan komedi itu dikejutkan dengan satu berita gembira terbaru.
View this post on Instagram
Menerusi rakaman video dikongsikan Zon Lawak di Instagram rasmi, Jep Sepahtu dengan gembira menyampaikan pesanan pihak Astro untuk memberikan mereka dalam Sepahtu Reunion Live 2022 meneruskan rancangan tersebut lagi meskipun pada awalnya minggu ini merupakan minggu terakhir mereka bersiaran.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen nampaknya peminat Sepahtu Reunion Live 2022 meluahkan rasa gembira dengan keputusan pihak Astro disamping ada yang memuji rancangan tersebut sebagai yang terbaik di Malaysia.
“Pujuk balik Shuib suruh join Sepahtu…”
“Tapan 2.0 pulak…”
“Alhamdulillah tahniah”
“Panggil Ryan lagi”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber:HCL