Netizen kesian tengok Nuha Bahrin & Naufal ‘perform’ tapi penonton macam tak kisah- Lubuk Viral

Dua penyanyi yang semakin popular iaitu pemilik suara lagu Casablanca, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin kini menjadi tumpuan dalam dunia seni tanah air. Gandingan pertama kali mereka dalam lagu terbaru itu ternyata berjaya memikat hati pendengar di Malaysia dan Indonesia sehingga bermain-main di fikiran netizen.

Terbaharu kedua-dua penyanyi tersebut sekali lagi nampaknya mencuri tumpuan warganet apabila video Nuha Bahrin dan Naufal Azrin membuat persembahan ketika selingan dalam KL Fashion Week 2022 (KLFW) yang sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan orang ramai tular hangat diperkatakan oleh pengguna aplikasi TikTok.

Dalam muat naik pemilik akaun bernama, iamhelmihaikall ini menerusi ruangan kapsyen memuji kedua penyanyi tersebut, “Kecik molek orangnya.” Mana tidaknya, Nuha Bahrin kelihatan jelita dengan mengayakan busana serba merah jambu manakala Naufal pula segak bergaya memakai sut biru muda. Lebih mencuri tumpuan, mereka tidak lekang dengan senyuman ketika membuat persembahan di pentas.

Namun begitu, perhatian juga ditumpukan kepada kasut tumit tinggi yang dipakai Nuha Bahrin dimana netizen merasakan ia membuatkannya tidak selesa disebabkan saiznya dilihat besar dan bimbang akan terjatuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Beegood Music (@beegoodmusic)

Tidak hanya itu, netizen juga mempersoalkan reaksi penonton di situ yang menyebabkan juga ada yang merasa kesian dengan penyanyi tersebut.

“Siannya aku pulak sedih…”

 Nuha

“Aku cukup ghisauu kalau dia terjatuh”

IMG_20220819_125702

“Kesiannya Nuha…”

Nuha

“Mungkin dorang orang baru dalam industri dan yang datang…”

IMG_20220819_125747_1IMG_20220819_125815

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:HCL