“Saya Cintakan Awak Namun Saya Terpaksa Lepaskan Awak Pergi,” – Maksud Gambar ‘Sunset’ Mizz Nina Di Ded4hkan- Lubuk Viral

Pencerai4n pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina sememangnya mengejutkan ramai pihak termasuk peminat kedua-dua penyanyi ini.

Walaupun sudah berpisah, Noh dan Nina mengambil pendekatan akan terus kekal bersahabat baik memandangkan mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Musa.

Noh dan Nina, kedua-duanya berkongsikan kenyataan rasmi mereka berhubung perpisahan itu di laman Instagram masing-masing sebaik mereka disahkan bercer4ei pada Khamis.

Dalam perkongsian itu, Noh dan Nina memuat naik gambar mereka bertiga termasuk Musa berlatar belakangkan pemandangan matahari terbenam di sebuah pantai.

Menariknya, satu status Twitter netizen yang dikenali @wanwanwan_wan__ mendapat perhatian warga maya apabila dia menulis maksud di sebalik simbolik matahari terbenam dalam gambar tersebut mengikut ‘urban dictionary’ yang sering digunakan dalam kalangan warga net.

“Mizz Nina kongsi gambar matahari terbenam dalam Instagram dia.

“Matahari terbenam itu membawa maksud ‘saya cintakan awak, namun saya terpaksa lepaskan awak pergi’,” tulis netizen tersebut.

Kicauan (twit) lelaki tersebut pantas mendapat ulang kicau (retweet) ramai yang mana lebih 10,000 netizen telah berkongsikan perkara tersebut.

Mizz Nina terharu terima sokongan banyak pihak

Selebriti Mizz Nina, 42, terharu dengan doa dan sokongan ramai yang diterimanya susulan berita percerai4nnya dengan penyanyi Noh Salleh, 37, kelmarin.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman tampak tenang berdepan dug4an itu dan turut berkongsi surah meminta doa menerusi Instagram Story.

“Oh Allah, jadikan saya lebih baik daripada apa yang mereka fikir mengenai saya, ampunkan saya mengenai apa yang mereka tidak tahu mengenai saya, dan jangan menilai saya disebabkan apa mereka cakap mengenai saya,” demikian kongsinya.

Sejak mengumumkan perpisahan mereka, bekas penyanyi itu terus dihujani komen-komen sokongan daripada pengikut serta rakan industri.

Antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Ummi Nazeera, Sarimah Ibrahim, Daphne Iking, Puan Sri Tiara Jacquelina, Ajak Shiro, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Terdahulu, Harian Metro mendedahkan pasangan terbabit sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, baru-baru ini.

Kemudian disusuli hantaran daripada kedua mereka mengesahkan percer4ian itu menerusi Instagram.

Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh berkata, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.

“Selepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.

Menurut Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan berkata, dia dan Mizz Nina sudah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama.

Nina mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan itu pada 1 Julai 2011. Selepas 11 tahun hidup bersama, mereka mengambil keputusan untuk bercer4i secara baik.

kredit: hmetro

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/