Kak KM Menang S4man, Orang Yang Fitn4h Dia Rupanya Bekas Ahli Keluarga Sendiri- Lubuk Viral

SELEPAS hampir setahun berlarutan, usahawan kosmetik Kak KM akhirnya meluahkan rasa syukur menang dalam kes sam4n fitn4h yang dibuat oleh bekas abang iparnya sendiri.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, bekas suami kakaknya itu memfailkan sam4n selepas dia mengambil tindakan mempertahankan diri menerusi siaran langsung di Instagram tahun lalu.

“Selama ini saya hanya berdiam sahaja. Dia banyak burvkkan saya dan kata produk saya samp4h. Dia juga bayar golongan netizen untuk sebarkan cerita tentang saya.

“Sebelum ini saya ada buat live di Instagram menjelaskan perkara sebenar apabila ramai yang bertanya… kemudian dia guna kenyataan saya itu dan ambil tindakan sam4n kerana memfitn4h.

“Syukur akhirnya kes ini selesai dan saya menang,” katanya kepada mStar.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Kak KM iaitu Fakhrul Azman Hassan dari Azainie & Fakhrul pada Jumaat.

Dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara, Kak KM memberitahu perkongsian di laman sosial sebelum ini bukanlah bertujuan untuk bermusvh dengan mana-mana pihak.

Namun disebabkan ada pihak cuba menjatuhkan dirinya serta memburukk4n ahli keluarga membuatkan Kak KM tidak gentar untuk berdepan tindakan perundangan.

“Sebenarnya saya tidak sebut pun nama dia ketika sesi live itu, tetapi dia yang terasa sehingga ambil tindakan sam4n. Apa yang saya cakap semuanya betul!

“Dia mahu ambil tindakan saman, saya tidak ada masalah kerana tahu segala kebenaran. Dia bekas abang ipar jadi saya kenal siapa dia.

“Selama ini saya tidak pernah nak bermusuh dengan orang. Apabila berlaku begini ada juga rasa ralat, tetapi saya tidak akan berdiam kalau ia melibatkan ahli keluarga dan perniagaan,” jelasnya.

Terdahulu, Kak KM berkongsi berita gembira kemenangan itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya.

“Saya tidak banyak berkongsi hal ini di media sosial kerana mahkamah memaklumkan tidak berbuat demikian kerana masih dalam perbicar4an,” ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/