‘Tudia Berlaku Masa Tgh Live Tuu’ – Vdeo Wany Hasrita Tak Mampu Tahan Ketawa Raih Hampir Sejuta Tontonan – Lubuk Viral

” Ini semua Khir Rahman punya pasal…smpai terbawak dlm solat berdekah tengok Wany ketawa…hahaha hadoiii”

Itu antara reaksi warganet selepas melihat vdeo penyanyi yang kini bergelar pengacara, Wany Hasrita yang tidak mampu menahan ketawa saat mengacara program Borak Dulu Baru Buka.

Malah, vdeo (lihat vdeo di bawah) yang disiarkan di TV1 baru-baru ini itu turut tular di TikTok dan beberapa media sosial lain.

DaIam vdeo yang mencecah hampir 900,000 tontonan di TikTok rasmi RTM itu, Wany dan rakan pengacara, Amin Idris tidak dapat menahan ketawa ketika seorang lagi pengacara, Khir Rahman mengendalikan segmen Satu Hari Satu Ayat.

” Kami dah bersiap sedia untuk tidak ketawa memandangkan segmen itu adalah segmen yang agak serius. Tapi, apabila Abang Khir tersasul dan tergelak sendiri, saya dah tak boleh tahan untuk ketawa.

” Lebih-lebih lagi, apabila saya mendengar suara Abang Amin mula terkekek-kekek.

” Mujurlah saya dapat kawal supaya tak ketawa keluar suara dan cuma ekspresi sahaja,” katanya kepada HarianMetro.

Khir pula berkata, sejak latihan dijalankan, sudah ada beberapa perkara yang mencuit hati, namun dia tidak menyangka ia akan berlaku ketika siaran langsung.

” Tujuannya, saya nak buat kejutan. Untuk segmen itu, saya kendalikan dahulu dan akan serahkan kepada Amin. Masalahnya, sejak latihan lagi, dah ada banyak benda mencuit hati.

” Mereka cuba menahan ketika siaran langsung dan menunggu untuk ‘meIetup’ sahaja.

” Bila saya terbabas sedikit, saya dengar suara mereka ketawa, nampak pula jurukamera semua gelak, saya pun tak boleh tahan ketawa,” katanya.

Terdahulu, tular vdeo yang memaparkan Wany dan Amin tidak mampu menahan ketawa sehingga Wany ‘menangis’ saat siaran langsung program itu.

Program Borak Dulu Baru Buka musim kedua kembali dengan menampilkan konsep baharu yang lebih menarik.

Disiarkan di saluran TV RTM program itu mendapat sambutan diluar jangkaan pada Ramadan tahun lalu.

Sesi santai dan bersahaja dalam menyampaikan ilmu bermanfaat sepanjang Ramadan ini antara pendekatan yang bakal disajikan.

Antara kelainan pada musim ini adalah hadiah akan diberikan setiap hari kepada penonton yang bertuah.

” Kita memang memberi hadiah setiap hari kepada para penonton yang bersama dengan kami.

” Penonton yang tonton dan menelefon Program Borak Dulu Baru Buka kemungkinan mereka menjadi pemanggil bertuah dan menerima baucer RM250 tajaan pusat pakaian hari-hari,” kata penerbit program itu, Abdul Rah’man Mahadi.

Istimewanya lagi lagu montaj program musim kali ini dinyanyikan sendiri oleh pengacara program.

” Saya nak ajak anda semua seluruh ahli keluarga berkampung depan tv, sambil berbuka puasa dihidangkan dengan pengisian dari kami.

” Insyallah dalam kita berseronok, ada juga ilmu yang kita dapat dan mudah-mudahan ada pahala daripada Allah Azwajalla,” kata pengacaranya Amin Idris.

Fakta menarik Wany Hasrita yang ramai tak tahu

1) Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah kini berusia 29 tahun, lahir pada 25 Disember 1992 di Hospital Besar Kuala Lumpur.

2) Single pertamanya ialah Menahan Rindu dan lagu duet bersama Tajul (adik Achik Spin), iaitu Disana Cinta Disini Rindu. Single keduanya pula bertajuk Rintihan Rindu.

3) Single ‘Menahan Rindu’ tidak lama dahulu tiba-tiba menjadi siulan anak muda. Sehingga kini, lagu tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 14 juta di Youtube.

4) Wany berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan kini menetap di Shah Alam.

5) Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perubatan di MSU Shah Alam.

6) Jumlah tontonan di YouTube bagi lagu Menahan Rindu adalah hampir 30 juta dan lagu Disana Cinta Disini Rindu pula adalah 12 juta.

7) Antara pencapaian beliau, menerima pencalonan bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 (ABPBH 3.0) bagi Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baharu Wanita Popular

8) Ibu Wany, Norita Jaafar, 50 merupakan ibu tunggal. Ibu bapa Wany berpisah ketika dia berusia 12 tahun.

9) Wany yang kini masih bujang pernah berkata dia tidak kisah sekiranya ibunya bertemu jodoh dan berkahwin dulu sebelum dia.

10) Terbaru Wany dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi dan mengakui bakal suaminya bukanlah orang industri seni. Wany juga melahirkan rasa syukur kerana kedua-dua belah keluarga setakat ini memberi restu.

Sumber:hmetr0, iluminasi dan utusan

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://thebolalive.com/