Sebelum membulatkan hati menceburi industri hiburan, aktres Izreen Azminda mengakui telah bersedia dari segi m3ntal dan fizikal khasnya apabila berdepan sebarang kontrov3rsi.
Izreen atau nama lengkapnya, Izreen Azminda Aznam berkata, tidak terkecuali dia akan berdepan dengan situasi sedemikian.
“Masa mula-mula saya mahu masuk dalam industri ni sejujurnya saya memang sudah bersedia dari segi m3ntal dan fizik4l untuk apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku.
“Sebab saya sudah di sedia maklum benda seperti ini pasti akan terjadi. Jadi, sebab tu sekarang kalau apa sahaja yang terjadi saya ’steady’,” katanya.
Dalam pada itu, aktres berusia 36 tahun ini tidak menafikan keluarga juga turut terpalit dengan kisah sensasi membabitkan dirinya sebelum ini.
Namun menurut Izreen, kedua orang tua dan seluruh ahli keluarganya menerima setiap perkara yang berlaku dengan hati terbuka.
“Macam mak ayah saya sama juga, jenis yang ’steady’ juga. Oleh itu apa sahaja yang terjadi pun mereka terima sahaja lah seadanya.
“Janji pada mereka hanya mereka sahaja yang lebih tahu anak dia ni jenis seorang yang macam mana.
“Hanya keluarga saya sendiri sahaja yang tahu kita di kedudukan mana jadi tidak kisah lah apa cerita keluar sekali pun, kita ’steady’ sahaja.
“Kalau nak tahu, ayah dan mak adalah antara orang yang sentiasa sokong saya sebelum ini,” katanya lagi.
Imbas kembali, Izreen mula menceburi karier seni lakonan selepas menyertai program Dewi Remaja 2005/2006 sezaman Scha Alyahya dan Datin Rabecca Nur Al-Islam.
Sehingga kini, sudah hampir 17 tahun bintang asal Perlis ini bergiat aktif dalam dunia lakonan.
Izreen berkongsikan perkara tersebut di dalam program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan. Ini perkongsian penuhnya;
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: https://www.mediahiburan.my/