Mereka Berjaya Kumpul RM40K, Ini Yg Akan Mereka Buat Dengan Duit Yg Lebih- Lubuk Viral

Kumpulan peguam Lawyers for Liberty berjaya mengumpulkan dana awam sebanyak RM40,000 untuk membayar wang ikat jamin seorang wanita dan kekasihnya yang did4kwa mengh1na Islam dalam satu persembahan komedi.

“Kami sudah kumpulkan RM40,000.

“Wang yang terus masuk selepas ini kami akan pulangkan kembali kepada penderma yang memberikan butiran terperinci,” kata R Sivaraj, peguam kepada Nuramira Abdullah, kepada pemberita.

Bagaimanapun peguam tidak pasti sama ada Nuramira dan Alexander Navin Vijayachandran akan dibebaskan hari ini, bergantung sama ada mahkamah sempat memproses bayaran itu.

“Memandangkan mereka berada di Beranang atau Kuala Kubu Bharu, kita tidak pasti hari ini atau esok,” katanya.

Wanita h1na Islam, dapat sokongan penderma seluruh dunia’

“Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramira Abdullah,” katanya seperti dilaporkan oleh portal dalam talian, FMT.

Katanya, pasukannya juga telah dihubungi oleh penderma dari seluruh dunia yang berminat untuk membuat sumbangan terhadap perjuangan Siti Nuramira di sisi undang-undang.

“Bayaran wang jaminan itu dijangka dibuat esok pada pukul 9 pagi,” katanya sambil menambah akan mengembalikan wang yang dibiayai orang ramai, sebaik sahaja kes anak guamnya selesai dan wang ikat jamin dibebaskan mahkamah.

Terdahulu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Kes3ksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali, membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin dan turut memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes itu.

Pada hari yang sama, Navin, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertudvhan memuat naik kandungan mengh1na di media sosial.

Bagi pertudvhan pertama, Navin did4kwa berkongsi di akaun Instagramnya pada 5 Jun dengan niat untuk mengh1na orang lain.

Manakala pertudvhan kedua, dia did4kwa berkongsi kandungan melalui akaun YouTubenya pada 16 Jun dengan niat untuk mengh1na orang lain.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azrul Darus membenarkan Navin diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 September untuk sebutan semula kes.

kredit: bharian

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/