“Bijak, tenang…”- Lisa Surihani jadi hos jemputan MeleTOP raih pujian peminat- Lubuk Viral

Nampaknya pelakon jelita, Lisa Surihani tidak henti-henti menjadi tumpuan ramai apabila selain perwatakannya yang bersahaja, penampilan sopan isteri kepada pengarah dan penyanyi terkenal, Yusry Abdul Halim ini sering dipuji ramai.

Walau bagaimanapun, selepas berkali-kali penonton setia rancangan popular MeleTOP dapat melihat Lisa Surihani hadir sebagai tetamu jemputan, dan pada malam tadi pula dia dijemput sebagai hos jemputan.

Lisa Surihani di Instagram peribadinya turut berterima kasih dengan jemputan sebagai hos di MeleTOP apabila dia bergandingan dengan hos jemputan bersama, Amin Idris.

Ujarnya juga, dia gementar untuk mengendalikan rancangan siaran langsung tersebut namun bersyukur kerana rakan hos memberikan sokongan yang baik. Dalam pada itu, Lisa Surihani turut mendoakan agar hos tetap, Nabil Ahmad diberikan kesembuhan.

Penampilan Lisa Surihani ternyata sekali lagi juga mencuri ribuan warganet namun dalam pada masa yang sama, caranya mengendalikan rancangan sebagai hos turut menerima pujian oleh penonton.

Ini kerana, ada yang suka dengan caranya sebagai hos yang bersikap tenang dan Lisa Surihani dilihat selain meraih ribuan tanda suka di Instagram peribadinya, dia turut dihujani pelbagai reaksi ramai.

“Suka tengok Lisa…”

Lisa

“Cantik sangat”

IMG_20220713_174859

“Suka tengok Lisa bila ketawa tutup muka…”

IMG_20220713_174912

“Love teruk”

LisaIMG_20220713_174943

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:HCL