Pernah Popular Dalam Drama Cinta Ibadah, Aishah Ilias Lama Hil4ngkan Diri! Rupanya ini yang terj4di – Lubuk Viral

PADA 2014 nama pelakon Aishah Ilias menjadi bualan dan hangat diperkatakan ketika drama bersiri lakonannya berjudul Cinta Ibadah ditay4ngkan.

Ketika itu, lakonannya bukan sahaja menyerlah malah dilihat mampu menjadi pelapis pelakon wanita apatah lagi bakat dan rupa paras yang cantik boleh membawanya pergi jauh dalam industri hiburan.

Pun begitu, Aishah atau Siti Aishah Ilias, 35, tiba-tiba menghil4ngkan diri daripada radar industri hiburan tanah air dan katanya perkara itu berpunca daripada beberapa perkara yang suk4r dijelaskan secara terbuka.

Untitled design (15)

Aishah muncul dengan filem terbaharu, Musyrik Api Ner4ka Menantimu yang memulakan tayangan pada 7 Julai lalu.

“Ya masa itu saya hilang. Sebenarnya ada sebab ia berlaku, tetapi saya tidak boleh untuk memdedhkannya kerana ia melibatkan soal keluarga.

“Disebabkan itu saya pilih untuk ‘rehat’ sekejap dan apabila semuanya sudah selesai, sekarang saya kembali semula berlakon,” katanya kepada mStar.

Mengakui namanya kurang popular berbanding rakan-rakan seangkatan seperti gandingannya dalam Cinta Ibadah iaitu Fattah Amin, namun Aishah tidak menganggap perkara itu sebagai satu tekanan.

Sebaliknya kata Aishah, sepanjang ‘berehat’, dia sebenarnya masih bergiat aktif namun lebih memilih projek yang ditawarkan kepadanya.

“Saya memang ada, bukan senyap. Tawaran berlakon yang kadangkala kurang menarik membuatkan saya perlu teliti. Maklum saja cerita Melayu balik-balik ‘Megah Holding’.

“Tawaran cerita begitu ada dan memang saya terima, namun tidak kena dengan minat. Walaupun nama saya kurang popular, tetapi sebilangan watak kurang sesuai dengan saya seperti watak kampung.

Untitled design (18)

Aishah tidak melihat pelakon baharu sebagai pesainga, tetapi sebaliknya menganggap rezeki masing-masing sudah ditentukan.

“Pernah sebelum ini saya membawa watak seperti itu, tetapi tidak menjadi kerana kurang bersuaian dengan wajah,” jelasnya.

Aishah juga tidak melihat sikapnya yang memilih itu akan menjejaskan kedudukan sebagai pelakon berpengalaman.

“Persaingan dengan artis baru itu memang ada. Itu rezeki masing-masing kerana sebagai contoh Che Ta (Rozita Che Wan) turut memulakan kerjaya lakonan agak lambat, tetapi meletup sehingga sekarang.

Saya memang ada, bukan senyap. Tawaran berlakon yang kadangkala kurang menarik membuatkan saya perlu teliti. Maklum saja cerita Melayu balik-balik ‘Megah Holding’

AISHAH ILIAS

PELAKON

“Jadi sekarang ini saya sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula,” ujar Aishah.

Mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, Aishah kini muncul menerusi filem berjudul Musyrik – Api Neraka Menantimu yang bergandingan dengan Aeril Zafrel, Ashraf Muslim, Ruhainies, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Karya terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu sedang ditayangkan di pawagam sejak 7 Julai lalu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:Mstar