Kisah Ustaz Nazrey jadi inspirasi “Dulu Biasa Tidur Hotel 5 Bintang, Kini Jadi Orang Biasa”- Lubuk Viral

DULU biasa tidur hotel 5 bintang, kini jadi orang biasa demi dakwah.

Itu realiti kehidupan bekas anggota kumpulan Raihan, Ustaz Nazrey Johani yang cukup dikenali ramai suatu ketika dulu.

Kelunakan suara baik ketika menyanyi mahupun mengalunkan ayat-ayat suci cukup mendamaikan hati.

Kumpulan Raihan suatu ketika dahulu pernah menerima kunjungan Queen Elizabeth II.

Sehingga kini, nama beliau masih menjadi ingatan. Peminatnya bukan hanya dalam kalangan golongan dewasa, bahkan kanak-kanak juga turut mengenali mereka.

Saat namanya dan kumpulan Raihan tengah ‘meletup’ dan meniti puncak populariti, personaliti disegani itu mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni dan menghabiskan masa untuk berdakwah. Apa cerita di sebaliknya yang ramai masih tidak tahu?

Baca ‘Saya mahu elak diri daripada bergosip, cakap perkara tak berfaedah.’-Hawa Rizwana

HANYA SATU PANGGILAN TELEFON

Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Taufiq Razif memuat naik cerita tentang Ustaz Nazrey menerusi laman Facebooknya.

Ujar Taufiq, pertemuan mereka berlangsung di Sabah iaitu ketika menjalani satu misi kemanusiaan di sana.

Penulis, Taufik Razif bersama Ustaz Nazrey.

Beliau juga sertakan sekeping gambar bersama bekas vokalis kumpulan Raihan.

Pada kesempatan itu, Taufiq bertanyakan terus kepada Ustaz Nazrey tentang sebab sebenar pengundurannya daripada Raihan.

Seperti yang diceritakan oleh bekas selebriti itu, segala-galanya bermula selepas dirinya menerima satu panggilan daripada seorang guru yang berada di Sabah.

“Ustaz Nazrey beritahu yang dia dulu berhenti Raihan masa tengah top. Masa tengah top tu lah tiba-tiba Ustaz Nazrey dapat satu panggilan daripada pendakwah di Sabah yang juga guru agama Ustaz Nazrey.

“Bila nak datang Sabah? Sini ada dua, tiga orang saja solat jemaah, kalau awak datang sini sekurang-kurangnya bertambahlah juga bilangan jemaah,” kata Taufiq dalam entrinya.

Ternyata, kata-kata ringkas tersebut telah membuatkan Ustaz Nazrey terkesan dan mengambil masa beberapa hari untuk berfikir. Akhirnya, beliau bulatkan hati untuk terbang ke Sabah.

KEPUTUSAN NEKAD

Siapa sangka, dalam tempoh 10 hari di sana,’cinta’ Ustaz Nazrey mula bercambah dalam bidang tersebut.

Lantas, beliau nekad berhenti menyanyi dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerja-kerja dakwah.

Siapa sangka, dalam tempoh 10 hari di sana,’cinta’ Ustaz Nazrey mula bercambah dalam bidang dakwah.

“Ustaz Nazrey beritahu saya, tak mudah nak buat keputusan itu. Bayangkan pada masa itu, beliau antara artis paling terkenal di Malaysia dengan jualan album dia sahaja lebih daripada 800,000 unit! Sampai sekarang pun tak ada mana-mana artis di Malaysia boleh pecahkan rekod tersebut.

“Ustaz Nazrey kata ketika zaman popularitinya juga dia dah biasa tidur hotel lima bintang dan dihormati oleh ramai orang, tapi tiba-tiba saja bila datang ke Sabah kena jadi orang kampung biasa dan kena bersusah payah buat kerja dakwah,” kongsi Taufiq.

Memang sebak membaca pengakuan anak kelahiran Sabah itu. Tambah Taufik, kisah Ustaz Nazrey menunjukkan kepada kita, bukan semua kehebatan dapat diukur melalui kejayaan atau pencapaian diri semata-mata.

“Begitulah kawan kawan, kehebatan seseorang kadangkala bukan dilihat pada kejayaan dan pencapaian dirinya, tetapi juga dilihat pada seberapa banyak dan seberapa sanggup dia berkorban.

“Ibu yang hebat ialah ibu yang paling banyak berkorban. Ayah yang hebat ialah ayah yang paling banyak berkorban. Begitu juga dengan yang lainnya.

“Mereka mungkin tak dapat pingat atau balasan di dunia, tetapi percayalah pengorbanan mereka nanti akan sangat bernilai ketika di alam sana nanti,” katanya.

“Kita kena faham jika mereka tak sudi” – Jawab Nazrey diminta kembali bersama kumpulan Raihan

BEKAS anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johani meminta agar peminat berhenti berharap untuk melihatnya kembali menyanyi dengan kumpulan nasyid terkenal itu.

Nazrey, 47, berkata zaman bersama Raihan sudah berlalu dan dia kini mempunyai perjalanan hidup sendiri.

“Saudara-saudara sekalian, move on. Jika mereka (Raihan) tidak sudi, kita perlu faham.

Nazrey minta peminat berhenti berharap.

“Nazrey adalah Nazrey, memang pernah menganggotai Raihan namun masa tersebut sudah berlalu. Kita sudah semakin dewasa dan tua, berlapang dada adalah jalan terbaik,” kata Nazrey.

Permintaan agar Nazrey kembali menganggotai Raihan semakin tinggi selepas lagu Sesungguhnya 2019 nyanyian Alif Satar dan kumpulan nasyid itu mendapat tempat di hati peminat.

Dalam perkembangan lain, Nazrey juga menjelaskan akan mengadakan persembahan Jelajah Nazrey Johani pada Ogos untuk mengumpul dana pembangunan sekolah tahfiz kendaliannya di Ranau, Sabah.

“Insyaallah saya akan mengadakan siri jelajah selama satu bulan di semenanjung sekitar Ogos ini.

“Jelajah bertujuan untuk menampung dana bagi maahad tahfis fasa dua kendalian saya di Ranau, Sabah.

Nazrey mengundurkan diri daripada kumpulan Raihan itu pada 2006 bagi memberi tumpuan kepada kegiatan dakwah.

Raihan mencipta sejarah apabila album Puji-Pujian menjadi album terlaris di Malaysia dengan jualan melebihi satu juta unit.

Berikut sedikit info mengenai  Nazrey Johani

Tarikh Lahir : 12 May 1972

Tempat Lahir : Ranau Sabah

Tinggi : 168 cm

Anak keberapa : Anak ke-7

Taraf Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia

Perkerjaan : Dulu -Usahawan Sekarang-Artis rakaman

Wanita Ideal : Beragama, penyayang, pandai dalam mengemas rumah

Status : Berkahwin

Bilangan Anak : Satu

Warna Kesukaan : Pastel

Makanan Kegemaran : Ikan Goreng dan Sup

Minat : Hiasan dalaman

Harapan Masa Depan : Berjaya di dunia dan juga di akhirat

Nazrey Johani merupakan seorang penyanyi nasyid yang aktif di Malaysia. Nazrey Johani menyampaikan lagu-lagu Melayu, dan merupakan mantan anggota kumpulan Raihan.

Nazrey Johani sekali lagi muncul dengan album baru yang berjudul Nasyid Nostalgia Memori The Zikr. Album ini adalah terbitan Inteam Records dan diedarkan oleh EMI.

Dalam album ini, Nazrey turut menjemput artis-artis lain untuk menyanyikan lagu-lagu bersama beliau. Antaranya lagu Perantau yang menampilkan kumpulan Far East, Salleh Brothers, Azahari NowSeeHeart dan Naim Mirwana. Lagu Isteri Solehah menampilkan Azahari Nowseeheart. Lagu Mengemis kasih menampilkan Far East dan lagu Air Mata Keinsafan menampilkan Salleh Brothers.

KREDIT: SINAR HARIAN, wikipedia, mstar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/