Ini Jawapan Puteri Sarah Kalau Syamsul Nak Bayarkan Sam4n Ira Kazar – Lubuk Viral

Isu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof hangat diperkatakan sehingga hari ini. Isu tersebut bertambah panas apabila Sarah akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang dikatakan mengganggu kehidupannya selama ini.

Terbaru, Sarah sempat meluangkan masa bersama anak-anaknya meskipun sedang sibuk menguruskan urusan mahkam4h bersama peguamnya.

Today mama cuti

Today mama cuti. Outing day with anak-anak.

Di Instagram, anak-anak Sarah iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah kelihatan sangat gembira ketika keluar bersiar-siar bersama ibu mereka. Menurut Sarah, hari cutinya digunakan sebaik-baik yang mungkin untuk menggembirakan hati anak-anak.

Namun perhatian peminat lebih tertumpu kepada gambar keluarga tersebut tanpa kehadiran bapa kepada anak-anak Sarah iaitu Syamsul Yusof. Walau bagaimanapun, netizen yakin Sarah seorang wanita yang kuat dan mampu membahagiakan anak-anak meskipun tanpa kehadiran suami di sisi.

Ujian Allah

Terbaru, seorang individu bertanya kepada Sarah sama ada dia sudah melihat ataupun belum video viral di TikTok berhubung Syamsul dan Kazar di sebuah kedai emas. Menurut Sarah, dia tidak kisah mengenai video tersebut. Tambahnya, dia tidak berasa hairan sekiranya suaminya itu mahu membayar sam4n Ira Kazar. Ujar Sarah, kes sam4n ini akan diteruskan dan ianya dikategorikan sebagai kes jenay4h.

Tak kisahlah Syamsul nak bayar sam4n Ira Kazar ke tak, janji sam4n tetap sam4n dan masuk kes jenay4h.

Terdahulu, Sarah nekad untuk meneruskan sam4n terhadap pihak ketiga ketika dia sedang menunaikan ibadah umrah pada bulan lalu. Ujar Sarah, sepanjang empat tahun ini rumah tangganya sering diganggu dan maruahnya tercalar berikutan ‘peny0ndol’.

Sumber:Puteri Sarah

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.dnq.pw/