Mempunyai lebih 40 Ekor Kucing di Rumahnya, Ini Fakta Menarik Mengenai Adibah Noor Yg Ramai Baru Tahu- Lubuk Viral

Berita mengejutkan tentang pemergi4n penyanyi dan juga pelakon serba boleh, Allahyarham4h Adibah Noor yang meningg4l dun1a akibat kanser ov4ri turut menjentik rasa duka pemimpin negara termasuk dalam kalangan mantan Perdana Menteri.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook miliknya berkongsi rasa sedih atas kem4tian selebriti berusia 52 tahun itu yang dianggap memiliki bakat besar sebagai seorang penghibur.

“Penggiat seni tanah air, Adibah Noor Mohamed Omar telah pergi mengad4p Ilahi malam tadi (semalam).

“Penyanyi lagu ‘Terlalu Istimewa’ itu bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi menyerlah dalam industri lakonan serta pengacaraan,” tulis Ismail yang turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahayrham4h Adibah Noor.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham4h. Semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini,” ujarnya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak ketinggalan berkongsi rasa duka atas pemergian Adibah Noor yang dianggap sebagai satu kehilangan besar buat negara.

“Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga selebriti serba boleh, Allahyarham4h Adibah Noor yang kembali ke rahmatull4h.

“Semasa hayatnya Allahyarham4h adalah seorang artis berbakat besar dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan serta menjadi idola ramai. Pemergi4n Adibah Noor adalah satu kehilangan besar kepada dunia seni negara,” ujarnya.

Turut berkongsi rasa kehilangan ialah bekas Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang menyifatkan Adibah sebagai ikon yang disenangi ramai.

“Dunia hiburan dikejutkan dengan berita sedih tentang kehilangan Adibah Noor yang telah meningg4l dunia.

“Kita kehilangan seorang ikon yang disayangi ramai. Takziah kepada keluarga arw4h atas kehilangan ini,” katanya menerusi satu hantaran dalam Facebook.

Tahukah anda Adibah Noor Mempunyai lebih 40 ekor kucing di rumahnya.

Sememangnya Adibah Noor dikenali dengan sifatnya yang sayangkan kucing. Adibah mengaku dirinya amat menyayangi kucing sehingga sanggup membelanjakan sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan membela 41 ekor kucing yang ada di rumahnya.

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar berkata, sifatnya yang terlalu menyayangi haiwan itu membuatkan dia tidak berkira mengenai wang yang dihabiskan untuk keperluan kucing kesayangannya.

“Sejujurnya saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela. Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.

“Bukan mudah untuk menjaga 41 ekor kucing kerana saya membeli makanan yang berkhasiat untuk mereka. Tanggungjawab yang dipikul tidak seharusnya dipandang mudah kerana ia ibarat menganiaya sekiranya tidak dibuat dengan baik.

“Oleh itu saya tidak sewenang-wenangnya memberikan kucing kepada peminat yang memintanya daripada saya. Bukan sekadar comel pada pandangan mata, ia adalah tanggungjawab yang sangat memerlukan komitmen jitu,” katanya.

antara koleksi kucing Adibah Noor

Adibah menjelaskan, binatang peliharaan yang dibela beliau itu bukan semuanya dibeli kerana mempunyai baka yang baik. Katanya, ada di antara kucing terbabit dibela apabila dilihat terbiar di tepi jalan atau dibuang orang begitu saja.

Tambah pelantun lagu Terlalu Istimewa itu, walaupun memiliki kucing yang banyak, ia bukanlah penghalang untuknya mengingati setiap nama haiwan kesayangan berkenaan, malah dirinya boleh mengesan sekiranya satu daripada kucing terbabit hilang.

“Ya Allah Ya Allah tlg lah kucing2 ditemukan pengganti sebaik tuan dia juga…kucing pasti menangis Ya Allah kesiankan lah anak2 bulus tu…Alfatihah utk arwah yg sngt baik dn akn rindu suara dia…” komen Aishah

“Al Fatihah dgn bacaan. Insha Allah, dah ada org yg sudi ambil kesemua kucing² peninggalan arw4h utk di jaga. Alhamdulillah syukur ” komen Sara

Sikap rendah diri Adibah wajar dicontohi – Fahmi Fadzil

“Merendah diri, belajar dan jangan pernah takut untuk belajar.

“Dan apa juga orang kata, dia tegas dengan pegangan prinsip. Seperti contohnya orang berkata mengenai berat badannya tapi arwah melihat ia dari sudut positif.”

Demikian kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkenaan sikap Allahyarh4mah penyanyi Adibah Noor yang patut anak seni generasi baharu pelajari.

Fahmi berkata, dia dan Adibah berkawan selain bersama-sama terbabit dalam kumpulan Sahabat Centre bagi menjayakan persembahan pentas.

“Arw4h pernah membuat persembahan bersama Sahabat Centre, yang saya juga seorang ahli kumpulan. Setiap kali menyertai program, kami selalu bertegur sapa dan kami ramai kenalan di dalam program itu.

“Dia memang sentiasa ada setiap kali terdapat program yang membabitkan seni. Bila saya menerima berita ini semalam, saya susah nak percaya sehinggalah membaca dari sumber rasmi,” katanya.

Menurut Fahmi, Adibah seorang yang sangat penyayang, disenangi dan mudah untuk berkawan.

“Dia seperti tidak mahu membebankan orang lain dengan kesakitannya. Dia seorang yang sangat penyayang, disenangi dan mudah untuk berkawan.

Kalau ada segelintir orang seni yang seninya tinggi, dia susah untuk didekati tapi arw4h sangat senang.

“Kita tengoklah macam mana rakan yang lain bercerita mengenai dia bila bekerja dengannya. Ini adalah satu kehilangan besar untuk industri seni tanah air,” katanya.

Biodata Adibah Noor

Bagi yang nak kenal siapa adibah Noor, korang boleh baca biodata adibah noor ini di bawah ya. Pemilik Nama penuh Adibah Noor binti Mohamed Omar ini dilahirkan pada 3 September 1970.

Pada tahun 2021, Dia di kenali sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara majlis, pengisi suara dan bakat iklan yang terkenal di Malaysia.Adibah Noor berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan seorang guru yang mengajara Bahasa Inggeris tau.

Dia juga lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Pada tahun 1994, Adibah Noor menyertai pertandingan nyanyian buat pertama kalinya dalam pertandingan SUara 90-an Nescafe. Rezeki nya apabila dia berjaya menjuarai pertandingan tersebut.

Pada tahun 2006, Namanya melonjak naik dengan lagu terlalu istimewa yang di buat khas sebagai solidariti kepada kes rog0l dan pembunvhan ngenri seorang gadis berusia 12 tahun di Johor bahru.

Hasilnya, lagu tersebut masih terngiang-ngiang dan masih diputar di station radioa tanah air sehingga kini.

Adibah Noor pernah mengeluarkan albumyang mengandungi lapan lagu, termasuk kolaborasi dengan penyanyi hebat lain seperti Misha Omar, Anuar Zain, Amir Jahari, Nassier Wahab, Dina Nadzir dan Sam Innuendo

Hebat betul adibah noor ni kan. Selalunya kita tengok dia banyak berlakon terutamanya dalam drama atau rancangan komedi sahaja. Tetapi sebenarnya dia merupakan seorang penyanyi yang sangat berbakat. Kalau tidak macam mana boleh menang AJL kan. hehe

Itu sahaja ringkasan biodata adibah noor, untuk sambungannya korang boleh sambung baca di bawah ini.

Senarai Filem, Telefilem, Drama dan Lagu dalam Biodata adibah Noor.

Tahun 2004, Adibah berlakon dalam filem legend iaitu filem Sepet dengan membawa watak sebagai Kak Yam.

Kemudian pada tahun 2006, Adibah berlakon dalam filem Buli Balik dan juga Gubra.

Pada tahun 2007, Filem lakonan Adibah Noor ada Mukhsin Mukhsin Kak Yam.

Antara filem lain yang dilakonkan oleh adibah adalahTalentine (2009) dan membawa watak sebagai cikgu Adibah. Filem Magika (2010) sebagai Mak Cik Halia, Filem Hooperz sebagai coach d, filem crayon sebagai mak engku dan filem aku tak bodoh sebagai Mak Jah.

Pada tahun 2011, filem yang dilakokan oleh adibah adalah Nasi lemak2.0 sebagai Nor. Kemudian tahun 2015 pula berlakon dalam filem fundamentally happy sebagai habiba.

Tahun 2017 pula, berlakon dalam filem mencari rahmat sebagai datin azizah dan pada tahun 2021 pula adibah berlakon dalam filem selamat hari X Jadi sebagai Dekan. Kemudian dalam filem Chomel sebagai Hakim Zulaikha dan terbaru dalam Filem Hantu Ke Lim sebagai Puan Sri Zaleha.

Drama Lakonan

Antara drama lakonan Adibah Noor pula adalah drama pua chukang (2009) Small Mission enterprise (2012), Oh MY English (2012,2013 dan 2017).

Kemudian drama jadikan aku yang kedua (2017,Drama lafazkan kalimah cintaku (2018), drama plan cinta (2019) drama kampug people 2 dan rumah dara pada tahun 2020. Tahun 2021 pula drama covid oh covid menjadi karya terbaru lakonan adibah noor.

Untuk telemovie pula, pada tahun 2014, telemovie Nostalgia, pada tahun 2017 cupid dan bisik pada allah dan terakhir pada 2019 iaiu telefilem pendoa yang ikhlas.

Selain berlakon, Adibah Noor juga terkenal dengan suaranya yang sedap dan telah mengeluarkan beberapa buah lagu. Antaranya adalah Terlalu Istimewa pada tahun 2005, kemudian lagu TEMAN pada tahun 2010 dan Jiwa Sentuh Jiwa pada tahun 2017.

Antara lagu lain yang turut dinyanyikan oleh Adibah Noor adalah Zapin Cinta SMS duet dengan Senario, Happy Thoughts ft Doul.

Lagu Hujan iaitu lagu tema filem mukhsin dan lagu Bahasa Rindu berduet dengan Nizam.

Anugerah yang pernah di menangi

Dalam Biodata Adibah noor ini, kami nak bagitahu yang Adibah Noor pernah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 2006 dalam bebearapa kategori iaitu, Vokal Terbaik, Kategori Balada dan juga Lagu terbaik.

Kemudian dia juga pernah di nobatkan Juara Hits 1 Akhir pada tahun 2007 untuk lagu terlalu istimewa dan juga Persembahan terbaik untuk lagu yang sama.

Semoga arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman

kredit: mstar

Terdahulu, seluruh pemain industri seni hiburan tempatan terkejut selepas mendapat perkhabaran tentang kematian selebriti berperwatakan ceria itu yang dilaporkan meningg4l dunia sekitar pukul 7.30 malam semalam di salah sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser ovari tahap empat.

Difahamkan jenaz4h akan dibawa ke Masjid Al-Ansar, Keramat kira-kira pukul 9 pagi untuk dimandi dan dikafankan seterusnya disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkubvran Islam Tanah Keramat Permai sekitar pukul 10.30 pagi untuk dikebvmikan.

kredit: ig adibah noor, mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/