Selera eks0tik! Makcik bertudung, atuk pakai kopiah jual sate ul4r… Ramai pesan jangan suka-suka cuba makanan tepi jalan

KUNJUNGAN ke Indonesia memang tak sah jika tidak mencuba keenakan sajian asli yang menjadi trademark masyarakat di sana.

Sebut sahaja ayam penyet, bakso, sate dan pelbagai lagi hidangan lain, sudah semestinya ia menjadi antara menu yang termasuk dalam senarai makanan ‘wajib’ untuk dicuba.

Lebih-lebih lagi kesemuanya mudah didapati di gerai tepi jalan dengan harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bagaimanapun, video yang tular di media sosial baru-baru ini pasti membuatkan pelancong dari Malaysia lebih berhati-hati sebelum sembarangan mencuba makanan di negara berkenaan.

“Sebab tu ramai orang pesan, kalau travel ke Indonesia kena berhati-hati dalam bab makan, orang pakai tudung dan kopiah tak semestinya Islam. Ni buktinya,” tulis laman berkenaan.

Video yang dikongsikan di laman Twitter @malaysiavirall memaparkan sebuah gerai penjaja yang diusahakan oleh wanita bertudung menyajikan hidangan sate daripada pelbagai jenis haiwan eksotik.

Menerusi video berdurasi 52 saat itu, kelihatan penjaja berkenaan mempamerkan aksinya mengeluarkan ul4r tedung daripada sangkar, sebelum menyi4ng dan mem0tong daging reptilia itu untuk dijadikan sate.

Bukan sahaja menghidangkan daging, gerai tersebut turut menawarkan minuman daripada dar4h reptilia tersebut.

Sementara itu dalam satu perkongsian video berasingan, ia memaparkan seorang penjaja warga emas yang memakai kopiah turut menyajikan hidangan sate ul4r dan biaw4k.

SATE 2

Selain sate ul4r (kiri), ada pengunjung yang turut berani mencuba menegvk dar4h ul4r (kanan).

Turut dipamerkan di gerai tersebut adalah risalah yang mend4kwa kononnya daging rept1lia berkenaan merupakan ramuan tradisional bagi mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, paru-paru, asma, gatal dan menguatkan tenaga b4tin.

Perkongsian tersebut nyata mengundang reaksi kurang senang warga maya memandangkan penjaja berkenaan boleh mengelirukan pelancong menerusi imej mereka yang digambarkan seperti orang Islam.

Sumpah nak muntah part minum dar4h tu. Tak sanggup tengok sampai habis.

NETIZEN

“Seperti di Bali. Pakai tudung tapi kenapa jual nasi goreng b4bi?

“Dulu masa pertama kali travel ke sana, konon teringin nak makan bakso tepi jalan. Tapi driver tak bagi takut tak halal walaupun penjual pakai tudung. Driver kata kalau nak makan, dia bawa gi restoran halal,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun rata-ratanya mengakui ‘kembang tekak’ dan loya apabila melihat bagaimana daging haiwan eksotik berkenaan selamba dijamah oleh warga tempatan.

“Sumpah nak muntah part minum dar4h tu. Tak sanggup tengok sampai habis.

“Kemain teguk macam minum air sirap.

“Jadi loya aku nak makan sate tengok video ni,” demikian antara komen netizen.

SATE 1

(Kiri) Risalah yang dipamerkan di gerai mengenai khasiat hidangan eksotik, (kanan) ul4r ditempatkan di dalam sangkar.

Bagaimanapun segelintir netizen warga Indonesia menyifatkan hidangan eks0tik sedemikian hanya disajikan di daerah tertentu dan tidak adil untuk ‘memukul rata’ kononnya makanan di negara tersebut tidak halal.

Sehingga kini perkongsian video tersebut meraih hampir 4,000 ulang kicau.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar