Spekulasi Syamsul dan Ira Kazar bakal kahwin dalam waktu terdekat, sekali Yusof Haslam buka mulut – Lubuk Viral

DES4S-DESvS mengatakan pengarah filem Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat semakin mendapat perhatian.

Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?

Bagaimanapun bapa pengarah kacak itu, Datuk Yusof Haslam ternyata amat terkejut dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan.

“Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut.

Yusof harap gosip anak bakal berkahwin dengan Ira (kanan) tidak benar.

“Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi,” kata beliau ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakw4 seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

Yusof ketika menghantar Sarah mengerjakan umrah Ramadan lalu.

Dalam tembual bersama mStar sebelum ini, Sarah ada memberitahu dia reda dan berdoa yang terbaik untuk rumah tangganya ketika mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan lalu.

Sarah juga sebelum ini telah melantik peguam untuk mengambil tindakan terhadap Ira namun tindakan tersebut dibatalkan.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: mStar