[VIDEO] Kena Lambai Baru Bas Berhenti, Individu Simpati Nasib Warga Emas Guna Public Transport

Semenjak dua menjak ini, sering diperkatakan mengenai masalah perkhidmatan awam seperti bas, KTM, LRT dan lain-lain yang dilaporkan kurang efisyen hingga mengakibatkan orang ramai terpaksa bersesak jika berlaku sebarang masalah teknikal.

Dengan situasi trafik di jalan raya yang semakin memburuk, orang awam dilihat seperti tiada jalan lain selain menaiki perkhidmatan awam tersebut walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kekurangan.

Tunggu dua jam baru bas sampai 

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @umwhyareyouguyshere telah memuat naik satu video yang memaparkan dirinya bersama rakan ingin menaiki bas ke stesen MRT Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Ketika sedang menunggu, seorang pakcik tua mendekati mereka dan mengajar cara-cara untuk menggunakan public transport di kawasan tersebut.

@umwhyareyouguyshere malaysian government needs to stop competing to become pm and let your rakyat suffers like this. not everyone is rich. our public transports needs a major upgrade fast. sedih hati ni #keluargamalaysia (huh? tak nampak mcm tu pun) #fypmalaysia #malaysiaprihatin @astromalaysia @hitzdotmy @khairykj @syedsaddiq ♬ Until I Found You – Stephen Sanchez

Agak mengecewakan apabila papan tanda di stesen itu mengatakan kekerapan bas untuk tiba di kawasan itu adalah antara 10 ke 15 minit tetapi mereka menunggu di situ hampir 2 jam lamanya.

Malah pakcik itu menyarankan mereka menaiki teksi jika ingin cepat kerana ia perkara normal untuk tunggu selama itu demi menaiki bas di waktu-waktu puncak. Aduhai… 

Kita kena lambai pada bas jika kita nak mereka berhenti, kalau tidak mereka tak berhenti sebab jalan raya sibuk. 

“Saya macam ‘Huhh?’ Kita tak patut buat macam tu. Bas sepatutnya berhenti tak kira apapun,” tulis pemilik video berkenaan.

Tiktokers itu juga meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada kerajaan kerana menurutnya rakyat seperti pakcik berkenaan tidak patut mengharungi kepayahan untuk menaiki bas seperti itu.

Jika mereka pun penat untuk menunggu bas, apatah lagi pakcik yang sudah berusia itu.

“Dari buat banyak highway, mereka juga boleh upgrade dan improved public transport” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berasa simpati dengan nasib pakcik berkenaan yang terpaksa melalui situasi begini hampir setiap hari.

Malah ramai juga yang meminta kerajaan untuk perbaiki sistem perkhidmatan awam seperti bas dan tren supaya rakyat lebih selesa menggunakannya.

Semoga pihak berwajib ambillah tindakan sewajarnya. Kesian pakcik ni. 

Komen : 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*