Tular Foto Kahwin, Ras Adiba Mengaku Nikah. Rupanya Suami Dia Bukan Org Lain Pun- Lubuk Viral

MENGANGGAP jodoh masih kuat, bekas personaliti TV iaitu Datuk Ras Adiba Radzi kembali bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali buat kali kedua pada Khamis.

Ras, 54, melahirkan rasa syukur majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.

“Ya, benar… saya berkahwin semula dengan orang yang sama. Kami pernah bercer4i dan berkahwin semula. Alhamdulillah, jodoh antara saya dan suami sangat kuat.

Kami bercer4i pun kami tak beritahu orang.

“Syukur Alhamdulillah… majlis pernikahan kami yang diadakan di Jawi, KL pada 12 tengah hari semalam juga berjalan dengan lancar.

“Kami kenal sejak tahun 86 ketika masih bertugas di stesen TV3,” kata Ras ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Terdahulu, beberapa foto Ras dan suaminya yang disertakan ucapan tahniah dipercayai di majlis pernikahan mereka tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, Ras memilih untuk merahsiakan mengenai percerai4n mereka kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Ras Adiba anggap jodoh dia dengan Azam masih kuat.

“Tak perlu. Kami bercer4i pun kami tak beritahu orang. Ini hal peribadi. Biar sahaja begitu, kerana setiap kita punyai jalan cerita masing-masing.

“Biar kita saling menghormati. Janji semua selamat,” ujarnya.

Untuk rekod, Ahli Dewan Negara itu pernah berkahwin dengan Mohamed Azam Ali 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Ras pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.

kredit:mstar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/