“Dia Tidak Ditidurkan…” – Suami Kongsi Perkembangan Terkini Jasmin Hamid Sejak Masuk CCU- Lubuk Viral

Pelakon Jasmin Hamid yang berada di Hospital Sungai Buloh, Selangor bagi mendapatkan rawatan j4ntung kini berada dalam keadaan stabil.

Suami Jasmin, Nazmir Abd Rahim berkata, isterinya kini sedang berehat selepas pihak hospital memberikannya rawatan sejak pelakon itu dimasukkan ke CCU semalam.

“Isteri saya stabil dan dia tidak ditidurkan. Dia sedang berehat di hospital selepas doktor memberikannya ubat cair darah.

“Doktor maklumkan yang isteri saya perlu berehat selama lima hari. Dari situ, baru diberi keputusan sama ada dia perlu berehat lagi boleh terus sambung kerja,” katanya kepada Gempak.

Bercerita lanjut, Nazmir berkata yang Jasmin mengalami rasa tidak sedap badan dan berpeluh yang banyak.

“Mula-mula dia mengadu tak sedap badan dan berpeluh dengan banyak. Kami ingatkan dia terkena serang4n asm4 kerana dia memang ada masalah tersebut.

“Bagaimanapun, bila ke klinik, bacaan ECG menunjukkan yang dia mempunyai masalah jantung. Justeru dia terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Alhamdulillah, sekarang isteri sudah stabil dan berharap dia akan kembali seperti sedia kala. Harap doakan ya,” katanya lagi.

Terdahulu, Nazmir menerusi Instagram Jasmin memberitahu yang isterinya dimasukkan ke CCU akibat serangan jantung.

Untuk rekod, selain Jasmin, adik lelaki Jasmin dan juga arwah ibunya juga mempunyai masalah jantung.

Biodata Jasmin Hamid

Siapakah Jasmin Hamid, Tarikh Lahir Jasmin Hamid, Berapa Umur Jasmin Hamid, Adik Beradik Jasmin Hamid dan Gambar Terkini Jasmin Hamid.

Jasmiah Abdul Hamid (lahir 15 September 1974) atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid merupakan pelakon dan pelawak wanita Malaysia.

Beliau mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini.

Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik.

Jasmin gembira dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.Jasmin gembira dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.

kredit: astro gempak

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/