Aksi Mak Wan Latah berj0get sambil karaoke dikec4m netizen, d4kwa jadi punca perc3raian

GARA-GARA memuat naik video sedang berkaraoke, pelakon Mak Wan Latah menerima kecam4n netizen sehingga ada yang mend4kwa perbuatannya itu menjadi punca percerai4n dengan bekas suami.

Menjawab kritikan tersebut, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, aktiviti karaoke itu merupakan salah satu cara untuk dia melepaskan tekanan selepas penat menjalani penggambaran.

“Salah ke saya karaoke? Itu adalah video lama dan memang saya suka berkaroke. Bila tertekan selepas shooting saya berkaraoke. Ada ke hukum yang katakan salah?

“Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri.

“Tolonglah jangan suka kecam orang lain. Cukup-cukuplah tu,” jelasnya.

Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri

MAK WAN LATAH

PELAKON

Dalam pada itu, Mak Wan juga memohon agar netizen tidak terlalu cepat meletakkan sebarang hukum4n atau mudah memberi kec4man.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 ini juga menegaskan perc3raian dengan bekas suami sudah tertulis dan ia bukan alasan untuk orang lain mudah bercakap burvk tentang dirinya.

“Hati kita jangan hitam… Jangan menghukum seseorang disebabkan dia sudah bercer4i.

“Itu semua adalah perancangan Allah. Kita tidak boleh melawan takdir,” ujarnya.

mak wan latah 3

Mak Wan bersama bekas suami dan keluarga.

Mak Wan mendirikan rumah tangga dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April.

Mak Wan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari tersebut dengan alasan tertentu.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar