‘Ia Sangat Mengejutkan’- Kerabat Diraja, Tengku Chanela Jamidah Akui Guna ‘Minyak G4nja’ Tpi Dgn Alasan – Lubuk Viral

Seperti mana yang dimaklumkan oleh media tempatan, Tengku Chanela Jamidah Tengku Abdullah yang dikenali sebagai jurukempen ganja perubatan baru sahaja melancarkan inisiatif Halal Hemp. Ia merupakan satu usaha untuk mengubah fikiran dan undang-undang mengenai is.u pengg.unaan kanab.is dan hem, terutama kandungan bahan aktif cannabidiol (CBD) dalam tumbuhan itu untuk tujuan perubatan.

Katanya, Halal Hemp merupakan organisasi pensijilan pertama dan satu-satunya di dunia yang mencipta proses pengauditan untuk mengesahkan bahan aktif tumbuhan ganja, CBD sebagai hal.al.

Guna Minyak CBD untuk masalah kerisau.an

Sementara itu, Puteri kepada Allah.yarham Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah Almarhum Sultan Abu Bakar ini juga mengakui mengambil minyak CBD untuk masalah keris.auan, ins.omnia dan s.akit kr..oni.k.

“Ia sangat meng.ejut.kan. Kepelbagaian penggunaan tumbuhan ini, ditambah pula dengan perubahannya dalam mening.katkan kualiti hidup saya, men.dorong saya untuk berkongsi mengenainya dengan orang lain.”- katanya.

Dipetik dari klikdokter, minyak CBD berbeza daripada tumbuhan ganja. Minyak CBD ialah sebatian bukan toksik yang diekstrak daripada tumbuhan kanabis (Cannabis sativa). Minyak CBD mempunyai tahap tetrahydrocannabinol (THC) yang rendah. Tahap THC yang tinggi inilah yang umumnya menyebabkan mabuk dan ketagihan. Itulah sebabnya, meski berasal dari tanaman ganja, CBD oil atau minyak ganja tidak akan menimbulkan ketagihan.

Tengku Chanela bersetuju jika memansuhkan hukuman mati

VIA Instagram Tengku Jamidah

Tengku Chanela yang berpangkalan di Amerika Syarikat juga bersetuju jika mem.ansuhkan hukum.an mati mandatori sebagai sebahagian daripada sab.itan kesal.ahan di bawah Akta Dad.ah Berba.haya.

“Mem.bu.nuh seseorang kerana tumb.uhan manakala yang lain menjana pendapatan berbilion dolar itu bertentangan dengan hak asasi manusia kita. Kita mesti berubah daripada cara lama kita dan mengenal kesan larangan dan bagaimana undang-undang menyiksakan ini terhasil. Penjara sudah sesak, dengan 60 peratus banduan di penjara kerana sabitan kes dadah tanpa kekerasan.

Negara membelanjakan lebih RM500 juta setahun untuk mengekalkan banduan tersebut. Pembiayaan itu boleh diperuntukkan dengan lebih baik ke arah pembangunan negara kita dan tujuan yang lebih wajar. Kita mesti memansuhkan huku.man ma.ti dengan serta-merta.”- katanya kepada Malaysiakini

Terdahulu, isu penggunaan ganja dalam perubatan yang di bahas Syed Saddiq di Parlimen baru-baru ini, mendapat perhatian Tengku Chanela. Di Instagram beliau, Tengku Jamidah berkongsi pandangannya mengenai penggunaan ganja dalam perubatan bagi merawat penyakit kronik.

VIA  Instagram @tcjamidah

“Berjuta orang memerlukan perubatan ga.nja. Kanak-kanak epil.epsi kita, ibu bapa kita yang men.ghidap bar.ah, datu.k dan nenek alz.heimer kita.

Dan manfaat ekonomi untuk semua. Tidak mengira fahaman politik anda, SEMUA ORANG dapat manfaat. Ketepikan sebentar dan sediakan keperluan kesihatan untuk orang kita. Ini adalah hak asas manusia!”- tulisnya di Instagram

Tambahnya lagi, setelah dia dapat memahami faedah ganja perubatan dan serat hem untuk perindustrian, dia percaya bahawa ini merupakan satu keperluan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Muraimy