Pemuda dicari keluarga hilang sebelum raya rupanya dah 2 tahun ulang masuk wad psiki4tri, pernah telan 40 biji paracet4mol

PERNAH terlibat dalam kemal4ngan motosikal yang mengakibatkan hent4kan di kepala, anak muda berusia 22 tahun ini tidak menyangka ia akan menjadi punca dirinya menghidap masalah kesihatan ment4l.

Malah, sejak kemal4ngan itu berlaku, dia sudah tiga kali dimasukkan ke wad psiki4tri.

Bercerita tentang situasi yang dialaminya ketika ini, Muhd Taufiq Nordin memberitahu, dia mula didiagnosis mempunyai kemvrungan sejak Ogos 2020.

“Ia disebabkan kemal4ngan pada Julai 2019 yang mana kesan hentak4n di kepala menyebabkan cecair dalam kandungan otak saya tidak stabil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Awal tahun 2020 lagi saya ada simptom depr3si atau kemvrungan iaitu hilang minat bekerja, hilang rasa hidup, rasa tidak berguna dan sedih sepanjang hari… boleh dikatakan setiap minggu akan ada episod sedih yang panjang.

“Saya kemudian dimasukkan ke wad pada September 2020 selepas makan 40 biji panadol. Pada masa tu, terus berada di zon merah Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga hari.

“Pada Disember, saya didiagnosis mengalami depr3si dan mula mengambil ubat,” ceritanya ketika dihubungi mStar.

Menurutnya, keadaan diri semakin pulih selepas menerima rawatan sepatutnya.

Hentakan pada kepala semasa kemalangan menyebabkan Taufiq mengalami masalah kesihatan mental.

Hentak4n pada kepala semasa kemal4ngan menyebabkan Taufiq mengalami masalah kesihatan ment4l.

Namun, anak jati Kuantan, Pahang ini tidak menyangka situasi sama akan berulang pada Mac 2021.

“Ketika ini, saya dimasukkan ke wad di Kuantan selama dua hari selepas perbuatan menceder4kan diri.

“November 2020 doktor di Hospital Kuantan diagnosis saya menghid4p bipolar dalam kemurung4n iaitu mood bertukar murvng dan gembira banyak kali dalam satu masa.

“Jadi saya perlu mengambil ubat mood stabilizer bagi mengawal diri,” jelasnya lagi.

Merupakan anak bongsu daripada enam beradik.

Merupakan anak bongsu daripada enam beradik.

Terbaharu, dia dimasukkan ke wad psiki4tri pada 25 April lalu ketika mendapatkan rawatan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada keluarganya.

“Ketika itu saya memberitahu keluarga hanya ke Kemaman, Terengganu untuk bekerja tetapi sebenarnya, saya pergi Kuantan untuk temujanji.

“Pada hari sama doktor masukkan saya ke wad selama 10 hari sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri keempat,” katanya.

Tambahnya, disebabkan tidak dapat berhubungan dengan sesiapa dalam tempoh itu, keluarganya menjadi risau sehingga membuat laporan polis.

Tiga kali dimasukkan ke wad psikiatri.

Tiga kali dimasukkan ke wad psikiatri.

Mereka bagaimanapun mendapat maklumat bahawa dirinya sedang dirawat dan berada di wad.

“Kami berjumpa pada sehari sebelum raya di wad. Seluruh keluarga saya menangis dan berpelukan kerana itu pertama kali mereka mengetahui saya menghidap kemurvngan dan bipol4r yang saya sorok selama dua tahun.

“Saya tak mahu keluarga tahu berkenaan masalah yang dihadapi kerana khuatir mereka risau.

“Selepas mengetahui keadaan saya, mereka menjadi sangat supportive dan sering memberi semangat selain bimbang jika saya keluar tanpa memberitahu lokasi dituju,” ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik.

Pelajar tahun akhir pembantu perubatan.

Pelajar tahun akhir pembantu perubatan.

Kini pelajar pembantu perubatan yang berada di tahun akhir pengajian perlu menghadiri temujanji secara berkala, setiap dua minggu dan disahkan mempunyai dua personaliti dalam diri.

Lebih membahagiakan apabila dia turut ditemani ahli keluarga.

Mesra dipanggil Taufiq, dia berkata, selain cecair dalam kandungan otak tidak stabil, dia turut berhadapan masalah kewangan.

Menurutnya yang belajar sambil membuat kerja sambilan, waktu hariannya sangat padat kerana melakukan dua kerja.

Ketika bekerja dulu masa sangat padat. Untuk tugasan jururawat peribadi, dari jam 7 malam sehingga 7 pagi… kemudian 8 pagi mula kelas sehingga petang.

MUHD TAUFIQ

“Saya ada masalah financial dan ketika belajar saya turut bekerja sebagai jururawat peribadi sambilan serta swabber C0v!d.19 di klinik swasta.

“Ketika bekerja dulu masa sangat padat. Untuk tugasan jururawat peribadi, dari jam 7 malam sehingga 7 pagi… kemudian 8 pagi mula kelas sehingga petang.

“Kerja pula lima hari seminggu sehingga saya tidak mendapatkan rehat yang cukup. Sekarang kerja swabber C0v!d.19 dari jam 7 pagi sampai 12 tengah hari sahaja. Jadi bermula jam 1 petang sehingga 12 malam, saya akan buat partime sw4btest C0v!d.19 di klinik swasta,” luahnya.

Bagaimanapun, semenjak beralih ke fasa end3mik saya diberhentikan kerja kerana mereka tidak memerlukan pekerja luar.

Situasi ini menyebabkan dirinya berada dalam tekanan kerana sebagai pelajar, dia sudah tidak mempunyai kewangan tambahan untuk menampung pengajian.

Terdahulu perkongsiannya di aplikasi TikTok, ditonton lebih 291,000 pelayar.

Warganet tampil dengan komen positif dan memberi semangat kepadanya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: MStar