Tudung Atlet Indonesia Tertanggal, Tindakan Pesilat Negara Raih Pujian Ramai – Lubuk Viral

Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam telah pun membuka tirai pada 12 Mei 2022 yang lalu.

Pelbagai acara yang dipertandingkan di pentas tersebut bakal menjadi rebutan atlet-atlet terbaik di benua Asia Tenggara bagi membuktikan kehebatan mereka.

Ramai yang ketahui bahawa setiap negara yang bertanding mempunyai sasaran dan kelebihannya yang tersendiri dalam sesetengah acara.

Bagi Malaysia, acara pencak silat adalah salah satu lubuk emas untuk negara mengutip pingat oleh kerana kebolehan serta reputasi cemerlang atlet negara dalam acara tersebut.

Sungguhpun begitu, untuk memenangi pingat bukanlah suatu perkara yang mudah kerana atlet dari negara lain juga turut menunjukkan aksi yang cemerlang semasa bertemu dengan atlet negara.

Selain fokus kepada acara tersebut, tumpuan juga turut terarah kepada detik-detik epik dan mengharukan yang ditonjolkan oleh atlet yang bertanding.

Terbaru, tular satu video yang memaparkan seorang atlet negara iaitu Siti Shazwana Ajak berusaha melindungi kepala pesilat Indonesia iaitu Selly Andriani kerana tudung yang dipakainya tertanggal sewaktu mereka berdua sedang berentap.

Perlawanan tersebut dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada atlet Indonesia itu untuk membetulkan tudungnya semula sebelum menyambung semula perlawanan tersebut.

Tindakan yang dipamerkan oleh atlet negara telah mendapat pujian daripada peminat sukan kedua-dua negara.

Tuah menyebelahi Siti Shazwana Ajak kerana beliau berjaya memenangi perlawanan tersebut dan berjaya mara ke peringkat separuh akhir.

“Sukan kena macam ni la..respect each other..no hate..kalau sukan mcm ni mmg terbaik..kalau sukan lain xtau la..lagi satu badminton..mmg suka..respect sesama player luar gelanggang dalam gelanggang..pasal tu badminton antara sukan yang best terbaik utk tonton.” komen seorang netizan

Dalam pada itu, Malaysia menduduki tangga ke empat dalam pungutan pingat terkini di sukan sea

kredit: Siakp Keli

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/