Puteri Sarah Dedah Cerita Modus Operandi Macam Mna Dia Kena Ganggu – Lubuk Viral

Kuala Lumpur – “Saya tenang dan bahagia di sini,” kata pelakon Puteri Sarah yang sebelum ini berada di Makkah menunaikan umrah.

Puteri Sarah, 37, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia enggan membiarkan i.su orang ketiga membabitkan rumah tangga dibina bersama pengarah, Syamsul Yusof mengganggu perjalanan umrah bersama dua anaknya, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Bagi Puteri Sarah, apa yang menjadi keutamaan adalah kebahagiaan diri dan masa depan kedua-dua anaknya.

“Alhamdulillah, sepanjang di Madinah saya dan anak-anak okay saja. Semalam saya bertolak ke Makkah dan sampai saja terus buat umrah. Allah susun cantik perjalanan saya dari Malaysia hingga ke sini.

Saya tidak mahu fikir apa yang berlaku. Cukup empat tahun saya meme.ndam rasa. Selepas apa saya kongsikan di Instagram sebelum ini, biar orang tahu apa yang saya tanggung selama ini.

Orang pun sudah tahu menilai. Setiap kali selesai solat di sini, saya berdoa semoga apa yang berlaku ini membawa cahaya dan sinar baru pada saya apabila pulang ke tanah air nanti. Semoga individu yang meny.akiti saya diberikan hidayah. Setiap kali itu juga saya mesti menangis,” katanya.

Ditanya adakah suami bertanya khabar dirinya dan anak-anak sepanjang berada di sana, Puteri Sarah selesa untuk tidak memberi komen.

“Ketika di Madinah anak sulung, Syaikul d.emam. Saya ada kongsikan di Instagram. Saya terharu apabila mendapat banyak ucapan dan doa daripada peminat,” katanya.

Mengenai hubungannya dengan suami, Puteri Sarah berserah pada ketentuan Allah SWT.

“Apa boleh dibuat, saya hanya mampu berdoa. Apa pengakhiran rumah tangga saya selepas ini pun, saya reda. Saya tidak mahu menangis lagi. Saya serahkan segalanya pada ketentuan Allah SWT.

“Doakan yang terbaik buat saya. Saya bertuah kerana mempunyai kedua ibu bapa mentua yang sangat baik,” katanya.

Bercerita mengenai keadaan kedua anaknya ketika mengerjakan umrah, Puteri Sarah besyukur kerana mereka baik-baik saja.

“Alhamdulillah syukur Syaikhul dan Sumayyah ikut sekali tawaf. Mereka tak co.mplain pun. Rasa nak menangis sebab dapat anak baik. Terima kasih Allah kerana hadirkan mereka untuk saya dan menjaga saya,” katanya.

Menurut Puteri Sarah, selepas selesai menunaikan umrah, dia akan bertolak ke Istanbul, Turki untuk bercuti.

Bercuti Di Turki

Usai menjalani ibadah umrah,Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak terus pulang ke tanah air. Sebaliknya dia membawa anak-anaknya menyambung perjalanannya untuk pergi bercuti.

Perkongsian itu dimuatnaik menerusi Insta Storybya Di mana Puteri Sarah menyatakan dia mahu pergi bercuti terlebih dahulu.

Selain itu ibu kepada sepasang cahaya mata ini turut memuat naik beberapa m.omen berada di Lubnan bersama anak-anak yang tampak ceria membeli coklat sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul.

Puteri Sarah Beritahu Macam Mana Orang Ketiga Kacau Hidup Dia

“Nak bagi I fikir bukan2 pasal husband I”-Puteri Sarah

Kalau macam dulu, kalau marah-marah I suka lepaskan kat anak I, sekarnag ni whatever

Reaksi Orang Ramai

“Dah tak aktif sebab dah berjaya pisahkan pasangan ni duduk berasingan itu yg org tu nak sgt.”

“Jangan kongsi m.slh peribadi dmedia social bnyk b.uruk drpd baik berdoa Dan berserah lah dgn sang pencipta apa yg berlaku semua atas izinnya kembali pdanya.”

“Sarah bersabarlah. Pandang wajah anak-anak,mereka perlukan kasih sayang dan perhatian dari Sarah. Suami itu hanya pinjaman dari Allah.Berserahlah pada Allah.Teruskan kehidupan bersama anak.”

“Kalau tk cerita org tak tau n takkn faham.”

“Org ketiga ni boleh2 nk h.ancurkn kebahagiaan org mereka tk pernah rasa bersa.lah doa byk2 agr Allah menyebelahi kita.”

Puteri Sarah sebelum ini memuat naik beberapa gambar pada hari terakhir dia di bumi suci itu selepas selesai mengerjakan ibadah umrah bersama anak-anak tanpa kehadiran suami.

Kredit : HM/FB

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :  http://limauasamboi.pw/